Wednesday, March 27, 2013

HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG...

HARUM BAU MU SI BUNGA LAH TANJUNG
HARUMNYA SAMPAI MELINTASI GUNUNG"

Serangkap pantun dari lagu klasik 'Bunga Tanjung' dendangan Addy Silitonga.
Begitulah juga OMEGA PIE PAN yang harum namanya melintasi benua, lautan dan melangkaui zaman!

 Model keluaran 1960-an ini adalah pelengkap bagi peminat Omega. Selagi tak dapat selagi itu hati rasa terkiram...errr KIRAM?

 Dan bagi aku memiliki sebutir Omega Pie Pan sama seperti memiliki seluruh model Omega! err... melampau tu San!
Ahh...aku pedulik apa!

 Pemandangan indah yang mententeramkan jiwa.

 Datang dengan brecelet original yang langsung tak mengoda hati nurani ku. Maka untuk nampak lebih merbahaya aku sarungkan ia dengan kulit buaya, nampak tenang tapi ganas macam buaya.

 Aku gandingkan lagenda Swiss ini dengan pencabarnya dari Jepun Grand Seiko (GS) hi-beat! Nama yang digeruni timur dan barat.

 Disebalik kelopaknya tertanam jentera yang dikagumi kaum harulogi.

 Setelah dikupas nampaklah isinya. Enjin CHRONOMETER! Untuk mendapatkan status 'chronometer' ia perlu melalui piawaian ketat COSC. Jadi untuk melepasi standard tertinggi itu setiap jentera chronometer mesti melepas ujian 'komando VAT 69'!

Megah mempamerkan ketulinan alat sulit memasing.

 Kedua-dua mereka memiliki reka bentuk yang elegent! Ringkas dan selamba, tak semak dengan garis-garis atau warna-warni yang merimaskan mata, ciri jam dress yang aku tersuka.

 Permukaan dial cembung meminimakan ruang enjin, ini membuatkan jam kelihatan nipis dan ranggup.


 Perhatikan ketingnya yang kurus dan unik.

 Dial, crown dan lug bersegi, ciri-ciri unik yang sangat membezakannya dengan yang lain.

 Gaya dan rekabentuk moden rancak pada era 60-70an. Korang boleh perhatikan era kemodenan dalam rekabentuk bangunan-bangunan diera tersebut, berkotak dan bersegi.

 Pada 1952 Omega melahirkan model pie pan pertamanya, dan ini generasi pelangsungnya lahir sekitar 1968.


Segala kepakaran dikerah dalam menciptanya dan hasilnya mampu bertahan sehingga berdekad-dekad lamanya.

Ringan sikit berbanding GS disebelahnya.


"....TUAN KU HARAP UMPAMAKAN PAYUNG
HUJAN DAN PANAS 
TEMPAT BERLINDUNG"
Barangkali itulah yang dia diharapkan pada ku... 
 Nak dengar lagu klasik 'BUNGA TANJUNG'? (sila klik)

2 comments:

  1. Anonymous11:22 AM

    Eddy pak,

    http://id.wikipedia.org/wiki/Eddy_Silitonga

    btw, jam yang mantap

    ReplyDelete
    Replies
    1. eddy? eddy silitonga ke? mantap gitu!

      Delete