Friday, November 30, 2012

PERJALANAN DI TANAH GERSANG...

Salam Jumaat penuh berkat.


Ya, kehidupan ini suatu PERJALANAN/KEMBARA. Kembara yang tidak tak seharusnya bergantung  pada  langkah haiwan tunggangan semata-mata. Kerana selagi diri dikeldai selagi itu diri berputaran di kawasannya saja, terasa banyak melangkah tapi hakikatnya masih di situ...nauzubilah.

Al Quran sendiri penuh dengan kisah-kisah yang 'jauh' (jauh dari 'kampung' kita). Surah-surahnya seolah-olah mengajak kita mengembara merentas sempadan waktu, timur maupun barat. Kisah rasul, kiamat, akhirat, syurga dan neraka memerlukan langkah padu sekian penganutnya supaya suraht itu tidak sekadar menjadi cerita, sebaliknya menjadi berita. Kerana cerita dan berita berbeza makna...emm 

Berbalik soal PERJALANAN/KEMBARA maka begitulah setiap insan yang  mengembara ke alam jin... err maap silap, ke alam jam.

Perubah selera seseorang akan mengubah juga barisan koleksinya, itu petanda jiwanya dalam langkah kembara/perjalanan.

Jadi kita boleh ketahui seseorang yang jiwa kembara dengan mereka yang jiwa bermukim melalui kalam koleksinya yang berubah-rubah atau berkembang. err...jangan diukur kekuatan mereka pada keupayaan wang ringgit semata-mata ye, tapi ukurlah ia pada keupayaan jiwa yang sanggup meleburkan wang ringgit dalam angka tersayangnya...emmm 

Jiwa seorang pengembara sentiasa dalam kehausan. Ye la...sentiasa berjalan manakan tak haus? Maka itu kehausan jangan membuat sang pengembara dipadang pasir lupa akan hala tujuan sebenarnya, biarpun derita kehausan destinasi sebenar bukanlah telaga! Maka jika salah tujuan kita akan derita digodam rasa letih dan rugi.

KEMBARA dalam erti kata orang disana, iaitu erti kata yang tak pernah dijamah kita disini ialah 'MENINGGALKAN KAMPUNG HALAMAN'. Pengertian mereka ini selalu diterjemahkan melalui kalimat mereka yang segar, asing dan luarbiasa. Dalam kembara penternak jam koleksi luarbiasa lebih berbisa.

Longines ini merupakan model lagenda kelahiran semula.

Bersih dan terasa ia tak sesuai mendampingi tangan aku yang kasar.

Tapi aku beli juga kerana bagi aku rezeki bukan sekadar yg dipakai/makan.

Kerana bagi aku apabila melihat sesuatu yang indah dan indahnya itu turun menyerap ke dalam hati, itu cara unik insan menikmati rezekiNya ini.

Jadi, janganlah kita sedih jika kita tak dapat menikamati jam ini dengan cara memiliki, memakai atau memakanya. Kerana kita masih ada jalan untuk mengucap syukur kepadaNya dengan jamahan mata.

Depan maupun belakang tak diabaikan, kalau jemu depan korang boleh jamah bahagian belakan hehe

Sayap lambang kekuatan, namun bagi kita yang tak bersayap usahlah iri hati, kerana bukanlah setiap mahluk bersayap itu memagut rezkinya di langit, tinggi mana pun terbang mereka memagut tanah seperti kita juga.

Disinlah doifnya kita, selalu aje teruja pada yang besar sehingga membutakan diri pada yang kecil, namun apabila yang kecil itu dibesarkan barulah nampak kebesarannya. Window date yang yang halus ini  begitu halus sentuhannya! Tak perasan kalau dipandang begitu aje.

Begitu juga bahagian sulitnya, kemas berkilauan.

Harga selepas diskaun bersamaan seketul bar emas 999 berjisim 20g.

Itulah bagai yang dikatakan pada seorang kawan, jika dibelikan bar emas nak pakai atau digosok memang tak boleh, tapi kalau dibelikan jam boleh dipakai dan dipandang setiap detik.

Maka bagi yang diberikan rezeki dari pintu ini keuntungan dan kenikmatan berbeza dengan mereka yang lain.

Butiran sejarah masih dikekalkan

Longines Conquest ini seperti bintang dimalam hari, cahayanya tidak menyuluh kegelapan, namun ia memberi petunjuk buat sang pengembara.

Begitulah keutuhan apa-apapun yang dinamakan KLASIK.. Ia hidup dan terus hidup biarpun yang tinggal hanya nama.
Salam Jumaat buat semua...

6 comments:

  1. perghh...shahdu jalan cerita dia...bleh beli dengan Dinar ke??hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kesenian terlampau..... huhuhu aku nak satuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Betul tuan pengembara, seni yang masih mengharumkan hemmmm..

    ReplyDelete
  4. klasik sekali arloji Tuan, menyesakkan dada memandangnya.....

    ReplyDelete
  5. terimakasi taun lanang, sudi mampir

    ReplyDelete
  6. Wow its an axcellent clean watch

    ReplyDelete