Wednesday, November 21, 2012

MUSIM CUTI SEKOLAH!...JOM BERSUNAT HAHA.

Cuti sekolah panjang akhir tahun seperti sekarang ini adalah juga musim bersunat 40 tahun dulu. Bersunat atau berkhatan ringkasnya sebut 'potong ', iaitu membuang kulit ekstra yang menutupi bahagian hujung kemaluan lelaki, ada paham? Haha sini serba sedikit cerita  klasik tentang BERSUNAT zaman aku kanak-kanak.

Bersunat dulu-dulu iaitu sekitar awal (70-an) jauh lebih 'meriah' berbanding sekarang. Dulu majlis bersunat macam kenduri potong kambing yang bersalutkan adat dimana budak-budak yang nak dikhatan dikompang macam pengantin, tapi ada juga yang buat ala kadar aje.

Kerja 'potong' dibuat oleh tok mudim! Nama yang sangat digeruni budak-budak kampung. "Wak potong mau?!!" gitulah bila budak-budak bising tak duduk diam belakang mejid haha.

Ada beberapa pantang larang sebelum bersunat, salah satu yang aku ingat ialah jangan makan kulit ayam takut 'kulit' liat, siksa nak potong nanti, kalau kulit lembut darah tak keluar banyak.  Maka petua melembutkan 'kulit'  ialah berendam dalam kolam...sejuk!

Berendam sampai kecut dan lembut.

Dulu, tiap rumah mesti ada kolam depan rumah yang menjadi sumber air bersih kerana ketika itu batang paip tak masuk kampung lagi. Di kolam itu mereka berendam sampai 'kecut', petua ini membatu mengurangkan rasa sakit ketika dipotong nanti. Tapi yang buat mereka bertambah- tambah kecut ialah kehadiran tok mudim dengan beg hitamnya! Yang panik lari terjun kolam semula, tak kurang juga yang panjat pokok rambutan kerana takut.

Potonggg! Ini imaginasi aku je haha

 Kaedah lama bersunat menggunakan batang pisang sebagai tempat duduk, tapi ada yang guna kerusi aje, kenapa bersunat dulu kena duduk? Aku pun tak tau. Namun tempurung kelapa berisi abu masih digunakan, ia diletak dibawah sebagai penyerap titik-titik darah. Selesai potong tok mudim sebut "WES TUGALLL!" (Bahasa jawa, yang maksudnya 'dah potong!' haha)

Memandangkan kaedah tradisional ini agak menakutkan ramai maka tak heranlah ada yang lewat bersunat...

Pak Usop tersipu-sipu mengambil gilirannya....

Pak usop (nama samaran) satu-satunya calon veteran yang melakar sejarah kampung. Alasannya 'kulit' tumbuh balik haha...itu mungkin juga sebab kaedah tradisional cuma potong aje berbeza dengan kaedah moden/bius dimana 'kulit' yang dipotong dijahit dan disulam supaya tak tumbuh balik, tapi ada juga tok mudim jahit macam jahit guni.

Awal tahun 1980-an bius mula banyak digunakan, bermulalah kaedah moden bersunat. Masalahnya...jarum suntikan pulak yang ditakuti! Aduhhh!!

Kalau takut tengok jarum tutup mata aje, sebelum cucuk jarum biasanya tok mudim berjenaka kemudian rasa sakit sekejap selepas tu kebah habihhh. 

Selepas potong tok mudim kasi ubat makan dan ubat sapu dan yang penting kena patuhi pantang larang supaya luka cepat sembuh. Tak boleh makan udang, burger bakar, kfc dsb. Kalau nak luka cepat kering 'anu' perlu dijemur tiap pagi, kena buat hari-hari..

Sebut pasal 'berjemuran' ni Seman (kawan sekampung yang eksen) melalui pengalaman pilu disepanjang usianya. Milah (awek cun yang selalu disakatnya) selalu sorong basikal bawa getah skrap melalui lorong depan rumahnya, rajin dia menolong emaknya. 

Tapi suatu hari tu entah macaman Milah tak lalu lorong depan, sebaliknya dia lalu lorong belakang yang kebetulannya pintu belakang tempat Seman menjemur 'anu'nya tiap pagi, barangkali jalan depan tu becak kut.

Kodoq dan kadar ditangan tuhan kehadiran Milah tak disedari Seman yang leka terkangkang depan pintu  macam mat salleh berjemur di pantai. Apa lagi... Begitulah asam garam yang bersunat era 70-an dulu. 

Kepada kekawan yang ingin menyimpan koleksi T-shirt H4U2013 bolehlah sms-kan tempahan (0123939084) sebelum 5 hb Disember ni.

5 comments:

  1. sunat era moden kenangan di sunat oleh dr perempuan dan misi-misi nya..
    petua lama guna hanger selit celah kain pelikat bg tak lekat.
    cara jemur tak nak duduk tgh panas amik cermin duduk tpt redup biaskn cahaya dkt anu...heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:33 AM

      Eh, aku pun nak sunat skali lagi kalau dr perempuan & misi2nya yang sunat.. wargh!! Kahkahkah!!
      Bagi alasan daging tumbuh balik! Wargh! Kahkahkah!!

      Delete
    2. nak potong lagi? kontot karang haha

      Delete
  2. Jarum yg tak tahan tu.. Haha
    Perkongsian yg menarik bro... kesian si Seman tu.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tok mudim kata seman ni kulit liat...haha

      Delete