Monday, July 9, 2012

PIRANHA!

 Bertahun-tahun napsu bergelumang Seiko tiba detiknya pintu hati ku terbuka untuk jam-jam diver Swiss (klasik) yang rancak dengan berbagai bentuk dan nama.

Selain Rolex yang gah hingga kini tak banyak dari jenama lain yang melekat dibibir merkah para penternak kini. Semuanya dah terkambus dalam sejarah. Namun begitu atas semangat segelintir insan yang mencintai warisan dunia ini maka beberapa kerat model-model tertentu masih bernapas sehingga kini. Salah satunya ialah...

...BULOVA SNORKEL. tidak semahal ROLEX SUB tapi sangat mengoda napsu, "Rasa kenyang bila dapat membeleknya" bisik seorang penternak disini...haha begitulah mujarabnya model ulung ini.

Gigi bezel yang halus sangat aku tersuka... (pinjam bahasa anak aku emmm), ditambah lagi dengan sedikit merah, wow!

Sudut yang kuat berwajah klasik...

Kanta segi empat yang jarang-jarang jumpa.

Model veteran yang masih nampak kemas dan baru...

...yang jelas auranya yang masih membahang. Kalau pergi mana-mana himpunan H4U cukup bawak Snorkel je.

Sebaik sampai ditangan aku cuba mengenakan tali yang lebih membakar selera.

Hitam? kusam. Getah? murahan. Akhirnya aku ...

...pilih tali coklat terang. 

Nah! Tali kulit ini menambahkan 50%  awet muda! Bagi aku tali kulit mesra/selesa dengan semua jenis jam dan tangan.

Oh ye, ada yang tanya kenapa aku gelar Bulova ni PIRANHA? Haha aku namakan PIRANHA kerana dial jam dikelilingi oleh 12 butir 'gigi Piranha'.

Korang tengok gigi Piranha ni... Sama kan?

Begitulah persamaan mereka ini, jinak ditangan tapi ganas mengocak perasaan. Tak hairanlah jika model ini menjadikan tangan pengemarnya lebih berharga.

BULOVA SNORKLE!

3 comments:

  1. do you sell this watch?

    ReplyDelete
  2. Maaf tuan, buat masa ni piranha belum nak dijual. sekadar berkongsi di alam maya.

    ReplyDelete
  3. Is it for sale? How much?

    ReplyDelete