Tuesday, June 12, 2012

SEIKO SNIPER

Bertahun-tahun aku selesa dengan jam diver kerana saiznya (diameternya melebihi 40mm). Jam military juga sangat aku minat, tapi kebanyakan spesis ini bersaiz kecik! 34-38mm aje.

Memandangkan dah terbiasa melihat tangan dengan jam bersaiz 42mm maka seiko military 34mm ini terasa begitu kecil ditangan. Puas aku fikir camana nak buat jam ni nampak beso...

Salah satu caranya ialah aku pakai jam kecik tiap-tiap hari, nak membiasakan dan menselesakan diri dengan situasi baru hehe.


Bila dah seminggu pakai aku mula serasi dengan saiznya, selesa.

Untuk aktiviti lasak jam bersaiz begini tak rasa membebankan tangan.

Tapi bila aku pakai jam diver timbul pulak situasi sebaliknya... 
Jam-jam diver terasa besar pulak kat tangan aku...emmm.

Pada tradisinya jam military, tak berkilat dan nampak suram.

Sungguhpun kecil itu tak memberi masalah ketika melihat waktu kerana paparan dial jelas dan ringkas.

Jelas pada keadaan cahaya suram.

Model ini SUDAH pupus di pasaran.

Jadi, jika korang temui dimana-mana stock lama maka aku nasihatkan baik sambar aje. 

Kerana model-model Seiko military yang baru dipasaran semakin nipis gaya klasiknya.

Dial navy blue  yang lebih segak dari hitam, kerana indek 24 jam berwarna merah.

Seiko military 7s26 ni dah tergolong dalam 'classic military '.

Sepertimana bintang lagenda ia mungkin lebih popular dikala 'mati'nya berbanding dikala 'hayat'nya.

3 comments:

  1. shot yg menarik bro! Aku suka tul kartun tu. Lawak gila! Hahahaha....

    Dah masuk kategoti rare dah jam ni. Ada satu kedai kat penang jual jam ni dgn rega cukup tinggi. Nak beli ambik, taknak beli sudah. Fuh!

    ReplyDelete
  2. makin lama makin aku suka model ni... tokey cakap ini model kedai sudah tarak, lugi tatak amik...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:24 PM

    kedai kat penang kat mana? apa nama kedai tu?

    ReplyDelete