Thursday, June 14, 2012

Nak power tak perlu lagi goyang gerudi...

Hanya sidaikan beberapa ketika pada cahaya mentari korang dah dapat power. 
Kaedah saintifik inilah dah lama di tiru oleh buaya/ alligator di Amerika bagi menyerap tenaga semulajadi. Menurut saintis, haiwan itu mendedahkan auratnya ditebing-tebing sungai untuk menyerap cahaya mentari yang akan mengerakkan pula sel-sel solar yang terletak pada kulit tebal dibelakangnya... Teruja kan?

Panel solar bahagian berwarna merah membara, menjadi 'rotor' model canggih kini. Panel ini tersembunyi disebalik gelap dial dan tidak begitu nampak.

Dalam keadaan gelap jarum dan indeknya memberikan suasana terang benderang, seolah-olah ada lampu...

Keluarga PROMASTER memang hebat-hebat semuanya   

Namun hanya beberapa model yang mampu kekal bersaing dalam pasaran.

Lihat pada bentuknya saja korang dah dapat mengambarkan keselesaan yang bakal diberikan apabila ia memaut tangan. Dan yang bestnya casing ditempa dari logam TATINIUM satu-saatunya logam yang boleh terbang, menjadi rangka pesawat kerna ringan.

Sedikit maklumat pada.

Perkataan Eco berkait dengan Environment atau persekitaran semulajadi yang menjadi sumber tenaganya, apa lagi kalau bukan cahaya kan?

Indek jam, jarum dan bezel betul-betul menampakan satu perubahan radikal sebuah jam diver! Oren floresent dan sedikit warna merah pada indek jam 12 mudah mengarahkan mata ketika melihat waktu pada paparan dialnya.

Satu-satunya jam bersaiz XL yang segak dan selesa dipakai oleh mereka-mereka yang tangan kecikkk.

Glass buncit yang buat aku tak tahan, jarang-jarang jumpa jam glass buncit semacam ni! Kalau ada yang lain sila bagi tau aku...hehe

Bezel macam rim kereta 18", mudah dan laju diputar.

Macam kanta pembesar pun ye, macam lensa kamera pun ye jugak... Apa kelebihan glass buncit nih?

...Glass buncit ini berfungsi seperti kanta yang mengfocus cahaya ke panel solar ditengah dial dengan lebih cekap berbanding glass leper, jadi jangan kasi calar 'kanta solar' ni!

Maka memandangkan glass ini sangat sensitif dan mudah terdedah kepada bahaya calar maka bahagian bezel direka sedemikian rupa agar 'kanta solar' terlindung dari ancaman komunis... apa komunis lak?  Kasi hantam aje labuuu...

Dan tentunya ketika didalam air glass buncit ni memberikan pemandangan lebih indah.... boleh lemasss.

Model Promaster ini digelar dengan panggilan ORCA kerana hitam/putih dialnya menyamai badan sejenis ikan lumba-lumba yang pintar itu.

Emmm kalau doa jumaat esok aku tadah tangan macam ni kira riak tak?

Ringan! boleh lambung-lambung sebelah tangan aje hehe..

Model ni bakal menutup tirainya, jadi elok simpan buat tatapan anak-cucu kita...

6 comments:

  1. San tolong simpan untuk aku...hehehe..

    ReplyDelete
  2. boleh jadi riak tu... Hahaha.. Apa2 pun mmg serius best jam ni. Sblm ni aku cuma tgk gambo ja.. dok rasa jam ni kecik. Bila tgk real beso rupanya. Design dia cun bangat... bentuk hour marker & design bezel tu bak ikan paus Orca... mmg patut namanya diberi Orca.. Apa2 pun tahniah bro!

    ReplyDelete
  3. minat dg model nie.. tp telah pudar lps dpt zilla

    ReplyDelete
  4. Belum pernah pegang jam tangna eco-drive, nanti gi kedai jam, nak pegang sekejap pun jadi la..

    ReplyDelete