Wednesday, May 23, 2012

TERBAHARU DAN TERHARU! SEIKO FRU! (RM820)

4R36 dah menjadi jenera baru model-model Seiko mutakhir ni, sejauh mana kelasakan jentera ni berbanding enjin 7S25/6 belum diketahui. Yang baru tentu dianggap lebih baik dari yang lama, tapi itu tak merangkumi semua aspek. 

Apapun model baru seiko SSA 055K1 ini lagaknya bagai sebuah perisai gempur, dengan bentuk yang mengerunkan sesuai untuk mereka yang lasak.

Menyedari aktiviti lasak bakal melimpahkan peluh maka strap siap dipakaikan dengan 'jeket kalis peluru'.

Enjin automatik dan boleh kunci, sementara crown bukan jenis skru.

Bezel mudah diputar.

Ini bukan jam diver, tapi dengan tahap WR100 itu sesuai untuk aktiviti berkubang atau memancing.

Ada subdial 24hr pada penjuru jam 10.

Ada 2 bezel yang boleh diputar, satu adalah inner bezel dengan indek kompas.

Dial biru maritim yang menjadi warna pilihan angkatan bersenjata seluruh dunia. Apa fikir lagi? Jom GEMPURRR! 

5 comments:

  1. san, segi tiga kat pukul 12 tu jarum ke?...atau mark je...

    ReplyDelete
  2. klu jam ni jam diver...mmg mantap..

    ReplyDelete
  3. menarik jam ni sebab boleh jadi kompas

    ReplyDelete
  4. matsal, segi 3 tu mark jer. Dial n jarum mmg menarik.

    ReplyDelete
  5. menarik jam ni... san bila nak pekena teh tarik syed bestro ni?

    ReplyDelete