Wednesday, March 21, 2012

KING QUARTZ YANG MENCAIRKAN...

'Abang nak KS Quartz tak?' begitulah sms berbau lucah yang aku terima dari seorang member,
'Ada gambor tanpa urat tak?' balas aku
Setelah sejam aku dapat gambor bogel Seiko KS Quartz! Apa yang terpapar pada jam tu KS yang kabur sikit, body berkerak kekuning-kuningan macam baru terjun parit. Hampir-hampir aku nak cencel! Tapi memikirkan detik persahabatan yang tak ternilai aku kejam mulut terus ok aje.

2 hari setelah jam sampai aku terkejut dan terkesima, terus aku hantar sms kat member 'Kau tipu aku ye! Gambo jam yang kau hantar tak sama macam aku terima nih! gambo yg ko hantar tu buruk tapi yg barang yg ko hantar cun! hehe'.

Aku buat pemeriksaan fizikal, semua anggota badan masih original milik KS.

Penjana kuasa diluar, senang nak tukar bateri.

Biarpun dah berusia lanjut tapi dahi tak berkerut, masih menyilaukan.

Hujung alat sulit cantik macam kelopak bunga rose.

KING QUARTZ! mungkin ilham dari filem KING KONG yang popular dizamannya.

Aku kurang berminat pada jam-jam quartz, tapi untuk model rare sebegini batu hati aku boleh mencair macam aiskrim.

Dikenali sebagai Seiko TV kerana dial seginya.

Berbeza dari seiko TV yang biasa aku dapat model KS ni tentu lebih segak kalau aku pasang tali kulit buaya.... mana nak carik buaya ye?

Tarik napas panjang-panjang...tahan, buka mata beso-beso dan perhatikan...

....dekat-dekat. Nampak corak pada casing dan dial?

Silau! silau! silau!...

3 comments:

  1. Jamuan mata yg sedap.... jarang jumpa King Quartz ni. Cun plak tu

    ReplyDelete
  2. Rozif Rasid10:09 PM

    terkeliru, adakah ini jam bapak yg jatuh dlm sungai dulu?...huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Rozif Rasid11:48 PM

    klu nk jual bgtau laa bang...hehehe...

    ReplyDelete