Friday, March 9, 2012

Kehidupan adalah sebuah lukisan.

Andaikata kehidupan kita ini diterjemahkan menjadi lakaran sebuah lukisan, bagaimanakah rupanya ye?

Ya, mungkin kita warnai ia dengan warna-warna kegemaran seperti hijau, biru atau oren.

Seiko diver enjin 7S26 ini dikenali dengan jolokan 'Bullet'!

Dial orennya kaya dengan vitamin C. Ini adalah satu dari beberapa model diver 7S26 yang payah ditemui di pasar seluruh Malaysia dan mungkin juga serata dunia haha... ketika inilah terasa hebat memakainya.

Ada 12 butir 'peluru' dihala tepat ke sasaran, detikannya bagai bunyi tembakan mesingan.

Dial unik dikalangan keluarga SKX!

Bagi mereka yang berkerja dalam kesuraman cahaya didarat atau laut aku sarankan elok memakai jam dial oren, kerana warna dialnya yang menyengat-nyengat pandangan.

Ketika memandu mungkin warna orennya itu boleh dijadikan 'lampu' signal tangan ketika membelok ke kiri atau kanan jalan.... Ini cara kuno isyarat membelok yang masih diamalkan oleh sesetengah pemandu veteran... 

Sebelum belok kanan keluarkan isyarat tangan kanan dengan melambai-lambai mesra supaya lori tak langgar belakang. Bila...

..???

Emm....nampaknya signal tangan membahayakan penumpang sebelah...

2 comments: