Thursday, February 2, 2012

"Aku hanya semut itam..yang handsome"

Pagi sampai petang keluar memburu rezki dicelahan rumput. Hamba Allah ni bersama para manusia memikul beban kehidupan dibumiNya ini. 

"Aku hanya serangga"...Semut yang kehidupan dan nyawanya tidak dikisah oleh sesiapapun. Apa taknya, disaat kita berjalan dilaman rumah apakah kita peka kehadiran mereka ketika memijak tanah?  KIta pijak, terpijak atau dibunuh sikitpun mereka tak berdendam, dianggap semua itu sebagai hukum alam, itulah juga hukum tuhan yang terpaksa dipatuhi mereka.

Sama macam semut itam, orang minyak dengan badan hitam bercawat merah ni mula buat huru hara serata Malaysia. Buruannya bukan anak dara sunti tapi kaum adam aje, tua muda semua dia rasuk.

Muka ganas... Sungguhpun nampak ganas semut itam ni pemalu dan tak suka cari gaduh, kalau diusik dia sembunyi malu dicelah rumput, tak suka ganggu apatah lagi merampas makanan yang dihurung serangga lain... itulah akhlaknya terpuji yang harus kita contohi emmmm...

..."Aii? ambil semut sebagai contoh buat manusia?" mungkin ada yang tanya begitu. 
Ye la, zaman ni susah nak cari manusia yang boleh dibuat contoh baik, kalau adapun  dibantahnya kerana tak sama bulu. Jadi, terpaksalah ambil haiwan untuk bentuk manusia jadi ORANG, terbalik dahh...

Bahagian sulit ada takuk, ngam-ngam saiz kuku jadi mudah nak tarik keluar crown, idea yang bagus.

Hitam dan merah biasanya warna yang mewakili sifat bengis dan garang. 

Bezel mirip Seiko Monster, jarum dan indeks mirip model popular keluaran yang sedia ada, jadi mudah diterima ramai agaknya...

Sesuai sangat buat mereka yang berkulit gelap, jam nampak cantik...

...nak nampak lebih cantik letak atas rumput macam ni, sesapa nampak mesti brekkk! hehe

Diam-diam aku sempat close-up wajah lembaga misteri ni, mungkin 'orang minyak' semut kut?

Tak dapat dipastikan sejauh mana sambutan para peminat pada model limited ni.

Apakah hanya label 'limited edition' yang melariskannya?

Atau padanya ada kelainan yang melangkah tradisi?

Tepuk dahi tanya selera...
..Tengok sini dan jawab sendiri..

1 comment:

  1. Warna merah pada casing tuna sangat menonjol.. Menenggelamkan dial berwarna hitam.. tapi kalau dial merah, casing tuna warna hitam baru naik warna limited edition dia.. Tapi suka pada usaha Seiko keluarkan edisi terhad pada harga yg mampu milik..

    ReplyDelete