Wednesday, January 25, 2012

TUDOR PRINCE DATE

TUDOR nama yang paling merdu bunyinya. Bahkan kalau ditanya orang "Jam apa sedara pakai tu?" maka dengan bangga dan girang hati aku akan muncungkan mulut depan mukanya menyebut "TUUU...DOR" (mesti dia benggang) hehe...

Dengan gaya sebutan sedemikian pasti kawan tu ingat sampai akhir napas haha...

...tapi kalau awek cun tanya jangan korang sebut buat gaya aku tu! Panggg!.....satu das pelempang melekat kat muka, hehe padan muka.

Sungguhpun berusia lebih suku abad harga dan nama Tudor ni masih mengerunkan, Tak pernah padam meski pun sedikit dan jarang dipakai orang.

Maksud aku korang terpaksa keluarkan wang tabung 'haji' sebanyak RM5,500 untuk mendengar kemerduan detikkannya ditangan sendiri!

Tudor ini adalah kaum kerabat Rolex. Nak tau bukti DNA, punggung ada tulis ROLEX, "Kalau ponggong licin aje kira tak ori la?" haha lawak kawan aku...

Walaupun begitu, TUDOR memiliki ciri-ciri tersendiri yang membezakannya ia dari ROLEX.

Gaya militari yang nampak tambah cantik bila lusuh, calar dan berusia.

Sememangnya jam-jam militari mesra ditangan sepertimana jam diver. Kerana ciri lasaknya membuatkan kita tak risau keluar bersiar dan berkerja bertemankannya.

3 comments:

  1. Bek, tudor ni punya "magnifying glass" agak meragukanlah! Apsal nombor haribulan tu tak nampak besor? Dah tukar crystal baru? OEM? Kalau pakai ori Rolex punya sure ikut standard...magnifying at two and a half size! 2 1/2 kali besar bila teleng kat kanta cembung tuh... he he

    ReplyDelete
  2. Alamak, tak pegi haji kalau "terbeli" jam ni..

    ReplyDelete
  3. dia punya tali tu confirm tak ori...pasal model zaman tu mana ada pakai ini macam punya tali. tali tu punya shoulder pun ada "slack" sikit... ha ha, 5.5k mahal tuuuu pasal Tudor pakai movement ETA 2824-2...

    ReplyDelete