Saturday, January 14, 2012

ORANG MINYAK muncul di Sungai Buloh!

 Jam 11.00 aku terbangun! terdengar bunyi pintu pagar rumah aku digoyang satu lembaga yang tak dikenali,  "Asalamualaikum!" berulang kali, setelah menjengok melalui tingkap...

...terlihat seorang lelaki berdiri memegang bungkusan? Laa... Posmen Poslaju rupanya. Sebaik ia menyerahkan bungkusan misteri aku terus kedapur capai parang dan merobek-robek bungkusan tersebut, sememang itu cara yang tak berakhlak tapi apa nak buat ... hati tak sabar nak tengok lembaga misteri yang diperhebohkan sejak kebelakangan ini.

Fuhh! memang seram! Badan hitam dan perang (rose gold) berkilat.

Indek minit halus berwarna kelabu perak dengan muka dial coklat berkilau.

Plastik 'Tuna can' dan strap berwarna coklat dengan casing hitam pvd.

Dipalu enjin terbaru 3R36 yang menjimatkan minyak.

Bezel solid st.steel berwarna perang, sangat cantik dipakai ketika cahaya terik.

Tangan seiko tuna dan jari 'Menara KL'.

Mungkin lebih sesuai dengan strap kulit hitam atau coklat.

Dengarnya model ini mungkin tak sempat korang jumpa dipasaran kerana  awal-awal dah dicekup penternak sebelum sempat ke ruang pameran kedai.

Memang mantap, tapi sayang sejuta kali sayang, casing protector dari plastik lembik, walau bagaimanapun itu bukan penghalang napsu. Sekalipun orang minyak keluar dimalam hari memburu gadis sunti (..err kalau nafsu songsang mungkin teruna dia rembat jugak) 'orang minyak' ini juga mejadi buruan ramai bomoh jam.  (RP: RM1680)

4 comments:

  1. Sungguh hensem orang minyak ni..apa nama samaran dia ni?

    ReplyDelete
  2. orang minyak TAR psl lembik dn sedap digentel haha

    ReplyDelete
  3. best ni san!!! CZ boleh simpan satu ni.... harga pun ok....

    ReplyDelete
  4. RR, aku tak leh tmbah cwgn dah, walaupun mas kawin dia ok, kerana kau MM huhu

    ReplyDelete