Monday, December 19, 2011

Tempahan T-SHIRT h4u ditutup secara rasminya...

Terimakasih para penternak serata Malaysia juga sebilangan dari Jordan, Mesir dan Indonesia yang bersusah menghubungi aku untuk mendapatkan T-shirt h4u 2011 limited edition.
Peringkat awal aku hanya mencetak 50 helai sahaja dan tempoh tempahan dibuka bermula 10hb sehingga 20hb Dec, Alhamdulillah dalam 3 hari 50 helai dah ada bakal pemiliknya, lagipun aku terpaksa tutup tarikh tempahan lebih awal kerana risau kesibukan luar biasa hujung tahun. Memang pun,  banyak bomoh cetak yang dihubungi tak dapat menyiapkan sebelum tahun baru 2012 ... Aduh, terpaksalah cari bomoh lain supaya para penternak dapat berdemo sakan sebelum masuk tahun baru. Insyallah 27hb t-shirt pertama akan muncul di sini...

Ishhh, kenapa ada coklat pulak?

50 helai T-shirt berwarna hitam dan hijau dicetak, Ada 20 penternak membeli 1 set (hitam dan hijau) maka... 20 helai T-shirt versi coklat yang lebih berkhasiat dicetak sekali bagi melengkapkan 'kuota'.

Edisi ini hanya ditawarkan pada para penternak yang menempah 1set (hitam dan hijau) kerana aku tau mereka ini bukan setakat kumpul jam bahkan apa saja yang berkaitan jam dikumpul sama, cuma mereka perlu menambah RM45 lagi. Jika mereka tak mau barulah versi coklat ini dibuka pada kekawan diluar sana dengan harga RM50 termasuk pos.

Salam kekawan semua!

2 comments:

  1. tahniah bro krn bersusah payah utk memeriahkan dn memantapkan lagi persatuan harulogi kita ni...tak me lagi ada yg masuk tv3 mcm cerita motor HD minggu lepas...tp yg tak sedap nama persatuan dia HOG...setau aku hogzilla tu ada cerita di sebalik nama...huhu

    ReplyDelete
  2. bro tukar link. Thanks

    http://supremestreets.blogspot.com/

    ReplyDelete