Friday, November 11, 2011

Memerhati ke dalam suatu kalimat...

 Bagaimana memerhati kedalam suatu kalimat yang terkandung hikmat atau kebijaksanaan? Inilah yang lama aku renungi dan terus termenung... Kalimat boleh jadi berwajah tulisan/ayat, perkataan, amal/perbuatan atau isyarat.

Aku teringat cerita 'Musang Berjanggut' lakonan P.Ramlee, kisahnya Sultan negara Pura Cendana mahu puteranya Tun Nila Utama berkahwin agar kesultanannya ada pewaris. Tapi Nila Utama enggan dikahwinkan dengan anak gadis para bangsawaan pilihan ayahndanya kerana menganggap semuanya adalah 'betina' dan bukannya 'perempuan'.

Dengan itu dia dihalau keluar istana dan merantau mencari calun isterinya sendiri dengan membawa satu uncang yang didalamnya mengandungi beras, bawang putih, cili kering, garam, bawang yang bercampur.

Dalam perantauannya dia akan singgah dibeberapa desa dan menumpang rehat di rumah penduduk daerah yang mempunyai anak gadis sunti. Sebaik beramah mesra dengan tuan rumah Sang Nila Utama yang menyamar sebagai hamba rakyat biasa mengeluarkan uncang meminta si gadis memasaknya isi bahan didalamnya yang bercampur, ramai gadis yang tak sanggup memasaknya haha aku pun tak sanggup.

Akhirnya beliau singgah diteratak sebuah keluarga miskin setelah beramah mesra dia mengeluarkan uncang tersebut, tanpa komen si anak gadis tuan rumah membawa memasak dan menghidang makan dari bahan yang terkandung dalam uncang itu, mungkin bubur nasik kut? kalau tak pun nasik beryani haha, kerana kepintarannya itu Sang Nila memilihnya sebagai calon isterinya.

Begitulah caranya Sang Nila mencari calon isterinya dengan seuncang beras. Uncang tersebut adalah 'kalimat' yang mengandungi hikmat tersendiri. Maka seorang gadis yang sanggup memasaknya memiliki ciri-ciri hikmat iaitu SABAR/BIJAK untuk mengasing bahan didalamnya sebelum memasaknya menjadi hidangan yang sedap.

Untuk itu ugama mendidik insan berfikir secara hikmah/t. Tanpanya seorang tidak mengenali KAYA tanpa harta dan tidak mengenal KUAT tanpa senjata, kerana semua kalimat yang kaya dialam fana ini 'jadi miskin' apabila dipunggut ia oleh akal fikiran kita yang miskin juga...emmm aku teringat kisah dua keluarga tertukar bayi dimana bayi hartawan membesar serba kurang dipeliharai oleh keluarga miskin, sementara bayi si miskin membesar selesa dipeliharai si keluarga kaya...

Orient 40th Anniversary ini sangat terkenal 40 tahun dulu, kini ia dilahirkan semula sempena mengenang lagenda manis yang pernah diciptanya dulu.

Bahkan model kelahiran semula ini ada penambahan yang menjadikan ia lebih baik dari model awalnya, iaitu screw pipe pada semua bahagian crown dan butangnya agar ia menepati kuasa selaman 200m tanpa ragu.

Cal. 469 tertera pada muka...itu bermakna ia antara caliber terunggul Orient tau!

Sangat besar tapi tangan kecil aku masih selesa memegang dan memakainya, tapi aku tak pakai pun hehe...

Di zamannya dan pencabarnya adalah model Seiko 6105 ni, kira pertarungan hebat dua jaguh ketika itu.

Emm bila pula Seiko 6105 akan ada model anniversarynya pulak? hehe

6 comments:

  1. Sarjan Hassan, berapa RM?, berkenan tengoknya...

    ReplyDelete
  2. Bezel dalam cermin... macam king diver la pulak...

    ReplyDelete
  3. Anonymous3:15 PM

    hehe......nasib baik harga di luar bajet aku bang, kalau tak aku nak cukupkan kuota orient kereta kebal

    ReplyDelete
  4. aku dah google... limited release of 3,000 pieces worldwide... tak mampu...

    ReplyDelete
  5. bila 6105 kluar re-isu, dah tentu yg lama tu saham naik melambung2...aku ada yg lama tu (1977)hehe...tunggu dn simpan

    ReplyDelete
  6. Limited edition ni kalau ternak mau rege melambung-lambung di masa hadapan ni..

    ReplyDelete