Wednesday, October 26, 2011

SEMALAM DI MALAYA...


"Farhan! tengok Auji belakang tu, tangga tinggi nanti tegolek karang!" Jerit aku ketika melihat putera-putera aku mendaki tangga Muzium Negara semalam. Dah 33 tahun aku tak ziarahi Muzium ni, tapi hati tergerak nak bawa mereka kemari apabila aku terjumpa soalan dalam buku teks sekolah mereka yang bertajuk 'Ceritakan pengalaman kamu melawat Muzium Negara bersama rakan-rakan'.

Terfikir aku, bagaimana dia nak membuat karangan bertulis jika kemari pun tak pernah? Tentu 'isi'nya kosong walaupun penulisannya bergaya dan panjang berjela. Kerana dalam ilmu, 'pengalaman' lebih utama dari 'kefahaman'.

Antara bahan pameran ialah era pembentukan Malaysia, dimana kemakmuran Malaya di bentuk dengan bahan-bahan diatas, iaitu ribuan jentera perang seperti kereta perisai termasuk senjata senapang dan juga bom. Darah dan air mata tentu tak terjumlah banyaknya... Hari ini semua tinggal dalam sejarah buat tatapan putera aku Towbakalahari. Melihat bahan pameran ini agar dia ketahui perbezaan Malaya dan Malaysia hari ini.

'SEMALAM DI MALAYA' (klik) nanyian D'llyod. Lagu ini mengambarkan hubungan dan kerinduan pada wajah silam...Malaya. Raut wajah yang penuh nostalgia.

Boleh jadi Omega Seamaster ini ingat sejarah itu, atau sekurang-kurangnya pernah menemani tangan para pejuang.

"Keciknya basikal ni ayah!" Haha, basikal yang digunakan ketika tentera Jepun menawan Malaya. Bila tengok saiz basikal tu barulah dapat aku gambarkan fizikal askar-askar Jepun dulu seperti kata datuk aku, kecik-kecik!

Banyak keistimewaan pada model silam ni.

Logam tembaga sebahagian struktur dalamanya.

Jarumnya memang cun... boleh masukan benang buat jarum menjahit seluar.

Firas Auji memang suka keretapi! Keretapi zaman pemerintahan British ni menggunakan enjin arang batu, macam strika lama...

Enjin seamaster ni berdesup kencang, biarpun dah berkhidmat melebihi tempoh pencen.

Honda dan Land Rover antara kenderaan yang popular dulu-dulu.

Serupa la dengan Omega... sehingga sekarang masih disebut-sebut dan ditangisi orang.

Kebun getah sebahagian dari hutan! Tempat gerila komunis main nyorok-nyorok, penoreh getah kerap menjadi mangsa kekejaman. Nak lumpuhkan ekonomi mereka tetak pokok dan tangan penoreh getah. Menurut nenek aku, komunis lebih ganas dari harimau.

Satu lagi model Omega yang mengaburi mata, Omega Dynamic yang dulu sangat popular kerana bentuknya.

Geneve...

Keretapi diesel yang aku gerun pada bunyi enjinnya ketika melalui landasan. Jentera pengangkutan paling berkuasa di darat.
Keluar dari Muzium terasa bagai berada di 'Malaya' iaitu suatu wajah yang tak lagi dikenali generasi muda hari ini. Itulah 'nenek dan datuk' negara Malaysia hari ini.

Serupa juga ini... masih berkuasa hingga kini.

2 comments:

  1. Penceritaan yang menarik bro.... Betul! Pengalaman itu suatu yg sangat bermakna....

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:11 AM

    Aku suka betul tengok sejarah2 perang di seluruh dunia. Menginsafkan. Tapi tanpa perang dunia ke-2 dulu, tak mungkin kita dapat merasa kecanggihan teknologi seperti Internet, wireless & sebagainya. Hasil penyelidikan & praktikal semasa peperangan la benda2 tu semua.

    ReplyDelete