Saturday, October 8, 2011

Rumah batu dari ranting kayu...

Seminggu lepas bos suruh aku buat sketches untuk 'Budget 2012'. Untuk cover supplement dan centrespread. Alhamdulillah, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya tahun ini tugas itu sangat berjalan lancar.

Setelah memahami hala Budget 2012 yang bakal dibentangkan pada 7hb maka aku melakar konsepnya. Dan lorekan awal menggunakan pensil tumpul ini bagai ranting-ranting sebuah lukisan grafik...

Biarpun menggunakan komputer dalam penghasilan sesebuah lukisan grafik, namun lakaran kasar yang jelas sebegini sangat membantu, khususnya ketika idea tersebut di bawa untuk presentation. Apa yang digambar pada lorekan begitulah juga hasilnya, tak boleh buat atau lari jauh dari apa yang dilakarkan. Yang penting hasil mesti lebih baik dari lorekan tersebut dan bukan sebaliknya.

 Cara kerja sebegini tidak begitu dipraktikkan oleh sebilangan pelukis/grafik muda hari ini kerana mereka percaya dengan hanya sebiji komputer canggih mereka dapat berkarya tanpa merangka idea di kertas. Mungkin ada buruk dan baiknya cara berkerja sebegitu.

Inilah hasil dari lorekan kasar diatas, jika gambaran sudah lengkap dikepala maka ia mudah diterjemahkan bahkan menjimatkan masa. Ini kerana 99% lorekan kasar itu dah memadai untuk dijadikan 'guide line'nya.

Lihat lorekan kasar sebelah kiri dan hasil yang tersiar hari ini. Dengan menggunakan software Photoshop 'ranting' itu mudah dibangunkan menjadi kaya yang sempurna, berbanding cara melukis cara lama dulu dengan memegang pensil, marker, air brush, water colour dan sebagainya.

Hari ini aku kena tangkap 'tikus mondok' ini sebelum berkarya.

 Predator! Spesis serupanya...

...Casio Predator! Aku namakan serupa kerana bahagian 'mulut'nya sama hehe seram! Model ni memang lasak dilanyak ketika futsal maupun berbasikal. Aku ingat nak buat preview ...tungguuu...

2 comments:

  1. Dulu rajin baca The Star masa zaman student dulu... Selalu tgk lakaran2 yg ada.. Tak sangka plak satu hari nanti aku berkenalan dgn org seni yg hasilkan lakaran dlm paper tu.... Hehe... Hebat bro punya lakaran... cukup berseni & ilmiah!

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:22 PM

    dah jadi kerja harian mar...-timur

    ReplyDelete