Monday, October 3, 2011

"Ehh...apa benda belakang nih?.."


Laluan motosikal lebuhraya Persekutuan banyak mencipta sejarah, dari sejarah nahas ngeri kemalangan maupun sejarah yang menyeramkan. 25 tahun dulu lorong ini sangat sunyi pada waktu malam, disesetangah lalunya berupa terowong gelap dan pokok-pokok yang dikelilingi semak samun. Dengarnya ada diantara rakan-rakan pelajar ITM yang melalui lorong itu pada lewat malam diganggu lembaga misteri.

Pada tahun 1985 seorang pelajar pulang ke kampus ITM Shah Alam dengan bermotosikal yang melalui lorong itu mengalami gangguan misteri yang tersangat-sangat mengerikan. Ceritanya...

Jam 2 pagi dia pulang dari satu konsert di stadium Merdeka, aku lupa konsert rock agaknya. Setelah minum gerai bersama kekawan dia berseorangan bermotosikal pulang ke Shah Alam. Ketika sampai di Federal highway dia mula memasuki laluan motosikal yang sunyi dan terasing itu. Kenderaan di lorong besar terang dengan lampu jalan berbanding lorong sikal yang agak suram merentas trowong-trowong gelap dan kawasan laluan dikelilingi pokok dan semak.

Setelah 20 minit dia melalui laluan berbukit terpencil di situ dia mula terasa enjin senggut-senggut, Sejak tadi dia pulas 110km/j kini dah turun 80km/j walau pedal dipulas habis, enjin terasa berat seolah-olah bawak seguni beras.

Hati rasa tak sedap, dia mula teringat cerita kawan-kawannya tentang laluan 'keras' di lorong tersebut, tapi pantas cuba dilupakan dengan menganggap plug kotor kut. Atau mungkin minyak dah 'reserve' musykilnya. Dan ketika melihat aras minyak pada 'meter' motornya ia terpandang sesuatu di cermin sisi kanannya, kain putih berjuntaian dan  berkibaran dibelakangnya walhal dia pakai baju hitam! Dia cuba 'meraba-raba' belakang motornya dengan cara menghesot punggung pelahan-lahan kebelakang...

...terasa macam ada 'barang', semakin kuat ditolak makin terasa. Rasa seram mula meresap, terkumat-kamit bibirnya mengeletar baca Al-fatihah, selawat, ayat-ayat dan apa-apa saja melintas dikepala. Setelah ia menghampiri satu jalan susur keluar berhampiran Shah Alam terasa motor bergoyang sebelum 'benda' misteri itu hilang dari pandangan cermin sisinya.

Banyak cerita aku dengar tentang jalan-jalan berhantu ni, seorang pengamal perubatan pernah memberitahu aku bahawa hakikatnya jalan raya adalah kawasan 'kuburan' tak bernesan kerana banyak orang mati kemalangan disitu.. walahualam.

Pontianak cun sundal malam!

"Ish errr ...belakang terasa disondol-sondol?".
Jangan panik, jika korang melalui kawasan 'keras' seorang diri ada beberapa petua boleh diamalkan supaya 'benda-benda' seram tak numpang belakang khususnya pontianak cun sundal malam.


Langkah pertama: Hesut punggung hingga ke hujung pelana, pelahan-lahan kebelakang tapi jangan sampai kena ekzos pulak. Di samping tu cubalah baca ayat-ayat suci buat halau hantu setan, kalau tak hafal baca le apa-apa yang teringat dikepala.
Langkah ke-2: Tapi kalau tiba-tiba si pontianak terus aje duduk belakang, ayat-ayat serta lagu nasyid Raihan jugak tak berkesan menghalaunya, korang bolehlah gunakan teknik...

...merempit. Tapi ingat, angkat tayar depan aje...
Selamat mencuba.

3 comments:

  1. Dah lama susah ketawa sorang-sorang bila tengok kartun, tapi kartun bro yang ini mengingatkan saya pada era majalah Gila-Gila tahun 80an dahulu. Tahnia bro...

    ReplyDelete
  2. Hampeh! Lawak gila! Hahahaha.....

    ReplyDelete
  3. Ha ha ha ... aku ketawa dalam bulu meremang!

    ReplyDelete