Saturday, August 20, 2011

MENIKMATI IBADAH PUASA?... (Bersama JUNKERS 150 JAHRE Limited edition)

Kenapa nikmat berpuasa hanya dirasai ketika berbuka sahaja? Bukankah sepatutnya nikmat berpuasa itu dirasai ketika kita berpuasa iaitu ketika berlapar darhaga? dan bukan dialami di kala menjamu makan dikala berbuka sahaja.

Sehari sebelum berpuasa aku 'dimalukan' oleh seorang anak tetangga berusia 6 tahun. Ketika aku berdiri menunggu lif dilobi pangsapuri aku terdengar anak itu bertanya kepada bibiknya (pembantu rumah) "Bila mula puasa?". Jawab bibiknya "Esok dah mula puasa". Lalu anak itu menyahut "Yahuuu!.. esok puasa" dengan gembira!... Dalam senyap aku terasa malu sendirian, bukan malau pada anak itu, tapi malu diri padaNya.

Lalu dilubuk hati empunya diri ini bertanya "Benarkah kamu seronok ketika berpuasa? Atau sebenarnya kamu lebih seronok ketika berbuka?"
Soalnya lagi "Apakah kamu nikmati kelazatan berpuasa sebagaimana kamu menikmati kelazatan berbuka?"
Soalnya lagi "Kalau tiada itu maka apa bezanya puasa kamu dengan puasa anak-anak kamu?..." Begitulah nasib...

Si tampan ini hampir-hampir menjadi teman takbir raya aku...

Berharga RM2,649 (sebelum diskaun), namun atas alasan yang hanya Dia saja yang maha ketahui aku nafkahkan itu untuk seketul jam nostalgia.

Memiliki ciri-ciri jam yang aku minat, tapi tidak cukup kuat untuk meracuni keinginan aku membawanya pulang.

Semoga Ramadan tahun ini menambahkan darjat dan tinggi martabat ibadah kita dan mencapai ketinggian hikmah didalamnya...aminn

6 comments:

  1. Tahniah bro! Jam raya tu.... Kekeke

    ReplyDelete
  2. Salah satu konsep jam yang diminati tapi masih belum berpeluang untuk memiliki...cuci mata ajelah dulu :p

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:53 AM

    jam ni ada tachymeter, tapi takda funsi chrono pada jam..
    Nampak macam cockpit kapal terbang je aku tengok.. cantik bro..

    ReplyDelete
  4. 2 ribu lebih tu elok sedekah bikin saham akhirat.... nak pulak 10 Ramadhan terakhir nih... sedekah kat masjid atau ustad2 yang mintak bantuan untuk anak yatim atau sekolah tahfiz.... syurrr, kena pulak malam lailatul qadar!!! 2 ribu kali seribu bulan punya sumbangan... jam, jam jugak, akhirat mau ingat bekkk... banyak sangat jam mana bleh.... kasi sedekah... sedekah la jam kat kawan2 H4U...kuang kuang kuang

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:46 PM

    Betul beeekk. Sedekah itu bukan sekadar memberi bulat2, membeli juga boleh mencapai darjat sedekah asalkan ada niat ikhlas membantu. Berjual beli ibadah juga, jadi elok kita beli jam kawan2 yang mungkin dimusim raya ni lebih perlukan wang berbanding jam.-Timur

    ReplyDelete
  6. next time next year 6 bulan sebelum puasa kita jual jam sakan... kumpul duit banyak2... so bulan puasa duit untung yang banyak tu kita buat "sadakatuljariah"... syurrr, banyak pahala. kalau orang meniaga (jam) banyak sadakah... makin maju la bisnes. tak caya cuba buat. insyaAllah boleh kumpul Rolex professional 1 set... aminnnnn

    ReplyDelete