Friday, August 26, 2011

Kenangan raya 1970-an...

BUDAYA PERSEDIAAN RAYA!
Semakin hampir menjelang raya rumah di sekeliling desa mula bertukar warna. Rumah di cat, langsir dan sarung kusyen maupun sarung bantal di tukar baru. Aktiviti pembakaran tak terkawal kuih-kuih raya membuatkan ceruk desa merebak bau yang menyelerakan ...hadoiii bau kuih bahulu, peyek dan sempret yang mak bakar sangat menyegarkan suasana. Sehari sebelum raya bapak aku akan buat mini kemah untuk masak dodol... 8-10jam masak!


Di pekan pula sesak orang ramai membeli baju, songkok dan kasut baru. Setiap raya emak ke bazar membeli keperluan itu dan aku berserta adik beradik akan dibawa sama untuk memilih sendiri tanpa campur tangan asing. Bestnya ketika membeli aku tengok emak petah berbalas serangan dengan apek ketika tawar-menawar harga, apa saja cakap apek dipatah-patahkan sampai apek terus bungkus barang tanda kalah haha, sebab tu bila nak membeli sesuatu aku mintak emak ikut sama, bila mak letak harga apek tak berani cakap banyak terus bungkus aje haha.

 Budaya lama menyambut hariraya itu semua membuatkan Aildiftri memberikan makna yang meriah bagi anak-anak ketika itu dan aku rasa elok diteruskan, tanpa budaya itu mungkin anak-anak yang belum mengetahui hikmat bulan ramadan tak teruja kedatangan Ramadan/Shawal dilain tahun.

MERCUN TARIK!
Selain baju dan kuih persedian utama beraya adalah mercun. Ketika itu tak sah raya tanpa bunyi mercun dan meriam. Salah satu mercun yang popular dikala itu ialah mercun tarik, murah dan tersangat mudah diledakkan. Letupannya memang dahsyat, boleh buat mak aji/pak aji mengucap semula kalimah syahadah. Cara nak meletupkannya tengok peta di bawah...

Serupa macam tarik teh tarik, pegang dua hujung benang mercun dengan dua tangan, nak lebih berdesing telinga pendekkan jarak mercun dgn jarak tangan dengan lilit lebih sikit benangnya dijari. Kalau baru keluar sepital dengan jari tangan berbungkus boleh tarik guna jari kaki pulak.

Cara selamat angkat kedua tangan atas kepala kemudian tarik dengan pantas...KABOOMMM!! Ok sekarang nampak dah kegunaannya? hehe...

 ...maka itu mercun ini menjadi ancaman utama mak/pak aji yang pulang dari masjid selepas selesai solat tarawih. Kawan-kawan aku Seman, Ayob dan Gepeng menjadikannya sebagai jerangkap samar. Mereka ikat mercun itu pada lidi-lidi basikal atau direntang tengah lorong gelap laluan mangsanya. Time balik solat tarawih berdentam dentum bunyi jerangkap mengena.. 

Pintu bilik juga menjadi tempat sasaran, tapi pintu jamban lebih senang mengena malah lebih dahsyat letupannya kerana biasanya simangsa masuk secara meluru tanpa pikir-pikir lain lagi hehe.

KEPADA KAWAN-KAWAN SEMUA, SELAMAT HARI RAYA!!!

3 comments:

  1. kenangan gila main mercun tarik2 tu.. Haha.. rata tempat kami dok ikat dulu.. pekena kawan2 cukup syok dulu. Haha

    ReplyDelete
  2. jahat jgk hgpa ni noo...aku jgk yg baik...kihkihkihkih....

    ReplyDelete
  3. Aku dulu mercun tarik tu aku ikat kat selipar. So bila orang pakai aje (selalunya nak cepat, so tak tengok dah selipar tu) terus kaboooom!!! Ha ha ha ... melompat katakla yang terkena tu ... kih kih kih!

    ReplyDelete