Sejak akhir-akhir ini iklim pasaran jam-jam klasik bergerak sangat perlahan dan semakin perlahan. Dengarnya peniaga-peniaga di pasar karat juga mengeluh lenguh otot dan otak kerananya. Sesetengah peniaga pula terpaksa beralah dengan menurunkan harga lebih rendah dari pasaraan. Memang cara itu sangat menguntungkan pembeli seperti aku, tapi bagi jangka panjang ia boleh menjejaskan bekalan jam-jam klasik di Malaysia yang baru menjadi pilihan para pembekal asing (luar negara khususnya negara jiran) yang banyak membawa masuk kerana harga yang baik ditawarkan oleh iklim pasaran disini berbanding negara jiran yang lain.
Tapi bukan semua model dapat dipengaruhi oleh pasaran suram itu. Sesetengahnya dapat mengasingkan dirinya dari dibuli turun naik pasaran kerana kekuatan tersendiri. Kerana itu para penternak harus melihat potensi luar biasa jam-jam yang bakal mereka beli. Antara model-model yang selamat dari iklim buruk pasaran itu adalah Seiko Panda ni.
Bila cuaca sejuk dia tidur aje dan bila cuaca panas dia berteduh di rimbunan pohon-pohon makanannya.
Mana taknya! Ada pemburu terpaksa mengumpan harga yang tinggi untuk mengeluarkannya dari sangkar besi pemiliknya! Nak harap ia muncul dipasaran kini memang susah.
"Jam chrono paling segak!" kata seorang kawan.
Panda, haiwan yang comel dan pemalu tapi ganas. Keluarga 6138 hebat-hebat semuanya- koleksi peribadi ye...
Setuju sangat dengan pendapat sedara tentang iklim lembab ni. Adakah ini tanda-tanda kelembapan ekonomi. Atau kenaikan harga yang ketara menyebabkan pembeli terpaksa tunggu dan lihat. Mungkin boleh diulas oleh pakar ekonomi di luar sana.
ReplyDeleteMungkin ada jurang harga yg tinggi menyebabkan pembeli beralih arah.... hmmm....
ReplyDeletepenawaran lebih malangnya harga tinggi...di Msia ledakan peminat jam adalah dlm 2 tahun keblkgn ini. tu sbb ramai yg tunggu dn lihat skrg sehingga harga automatik akan turun dn pasaran lebih stabil nanti. biasalah kitaran ekonomi...aku bukan pakar hehe
ReplyDeletekalau kita ada statistik berapa jumlah peminat jam vintage alangkah bagusnya. Rasanya ada ramai disana, cuma tidak semuanya mempunyai blog sendiri.
ReplyDelete...mungkin pasaran lembab sebab ramai buat persediaan menyambut hari raya kot?
ReplyDeletepasaran lembap sebab harga makin tinggi. walaupun sesetengah model tu demand tak tinggi mana. kadang-kadang momokan terlalu tinggi sehingga pengumpul/peminat terpengaruh. jam jam jenis dress juga banyak yang dah kurang demand, melainkan dari beberapa jenis nama tertentu. demand ada terhadap model sports, tetapi harga membuatkan terpaksa berpikir lebih panjang.seller tidak boleh disalahkan kerana bukan semua yang dapat sumber dari harga yang murah. ada yang masih survive kerana bijak tau bernasib baik dijodohkan dengan supplier yang bagi harga murah, jadi harga jualan tak tinggi mana. sebenarnya HARGA masih lagi jadi perkara yang perlu dipikirkan oleh kebanyakkan peminat, walau rare atau hebat mana sejarahnya jika wang tiada di poket sejarah dan kehebatan jam tu tinggal nama je. itulah situasi sekarang pada pandangan aku....
ReplyDeletekalu aku beli yg betul2 mint dn hrga berpatutan. kena sabar je lah. tu antara sbb pasaran jam skrg lembab...huhu
ReplyDeleteHarga barang banyak naik. Nak beli lampin dan susu anak, mana ada duit lebih nak beli jam. Jadi kalau harga jam pun naik, memang lembapla gamaknya ...
ReplyDeletepasaran lembab pasal ekonomi peminat-peminat dan penternak-penternak jam lembab. begitu jugak ekonomi rakyat... memang lembab. orang politik dan korporat jeh yang cakap ekonomi kita panas dan bergerak cergas.
ReplyDeletebrader-brader sekalian; takkan nak beli jam manjanggg... ada separuh tu sanggup beli jam tapi makan nasik lemak sebungkus sehari selama sebulan. janji dapat jam idaman... jangan la macam tuuu... ekonomi lembab takpa, jangan kita tenat udah!
kenyataannya ukur baju di badan sendiri. mcm akulah, setelah 2 tahun bergelumang, dpt aku simpulkan aku 'selesa' menambah koleksi jam sebijik setahun. buat refleksi dulu dan...beli.tak patutlah nyesal dn salahkan diri sndri pasal masa study yg diberi pun dekat2 12 bulan geng...ini juga faktor melembabkan pasarankan?
ReplyDelete