Cuti sekolah ni elok kita berkumpul anak beranak untuk menambah erat keluarga.
Bila anak-anak kita lebih suka keluar rumah mencari kawan ia memberi satu isyarat negatif..., mungkin dalam rumah mereka sudah tiada 'kawan'. Haha, mungkin si bapa terlalu menonjolkan sikap kebapaanya sepanjang masa begitu juga si ibu sampai lupa nak berkawan dengannya. Begitulah mungkin...
Tengok ni, betapa eratnya hubungan silaturahim antara mereka, atuk dan si cucu bermain dan bergaul tanpa halangan usia. Sanggup sama-sama main sep-sep dengan cucu-cucunya.
Masa zaman budak-budak dulu ketika aku bersama kekawan nak main perang-perang dengan senjata buatan sendiri (senapang lestik), seorang kawan aku Alid namanya nak joint kami bawak senapang betul! Kecut kami dibuatnya. Tapi selepas aku belek-belek lubang peluru takda...rupanya itu senapang kayu yang diukir sangat kemas. Aku tanya "Mana ko curi?" hehe soalan bijak aku. "Bapak aku buatkan" jawabnya... Bagai angin taufan jawapan itu menerbangkan bumbung fikiran aku. Memperlihatkan aku, mak/bapak juga adalah kawan sepanjang usia.
Diwaktu persekolahan anak-anak kurang beriteraksi dengan mak bapak. Mak bapak keletihan berkerja siang hari. Manakala si anak letih bersekolah pagi petang dan malamnya sibuk mengurus kerja sekolah. Semua tu menambahkan jurang.
Dulu aku risau kalau anak aku lebih gemar cari kawan diluar rumah, aku menganggap itu petanda yang kurang sihat, aku menganggap kawan diluarnya lebih baik dari aku. Tapi bila cuti sekolah ni mereka terlalu lama habiskan masa didalam rumah aku rasa tak kena pulak, nak selesaikan masalah aku suruh mereka keluar tiap petang sepak bola....entah le. Mendewasakan anak-anak memang cabaran bagi kita, tapi aku lihat tugas ini banyak diserahkan pada 'orang lain'.
Kepada pengemar jentera selam Seiko, elok juga korang luangkan lebih masa bersama 'famili' korang ni... Membelek dan membelainya dapat melupakan sejenak keadaan rumah yang bersepah akibat cuti sekolah ni hehe.
Seronok tengok keluarga seiko yang bahagia....
ReplyDeleteHebat...inilah kali pertama aku dengar ceramah motivasi terpimpin. Syabas
ReplyDeleteAku silap blogla. Ingat blog Fadzillah Kamsah tadi ... ha ha !!!
ReplyDeleteBetul tu San, senapang kayu aku dulu bapak aku yg buatkan. Sebab kalau nak beli kena keluar duit, buat dari kayu free je. Sekarang anak aku semua beli, sebab bapak dia tangan kayu, mana reti nak buatkan senapang kayu ...
wak asan bek d12 allergic tali besi...pasal tu jam2 dia tali kulit, tali getah, dengan tali kanvas... jam diver pun pakai tali kulit! pakai panerai la bekkkk...
ReplyDeleteHaha... tah le, Kekadang mcm ikan laut masin, kekadang pulak mcm ikan pekasam pulak, begitulah umpamanya situasi yg pengaruhi kita.
ReplyDeleteIngat lg masa main senapang lastik dgn arwah kawan. Kami guna peluru batu.... sakit gila kena tembak. Haha...
ReplyDeleteCayalah bro! Koleksi yg ada boleh susun ikut tahun. Hehe
San, cuti sekolah ni ko bawak anak-anak Seiko ko ni pegi makan angin kat mana?
ReplyDelete:-)