Sunday, May 1, 2011

BENAR...

Ada orang yang mencari BENAR melalui cakap-cakap orang atau sedara-mara, atau mazhab2nya aje, dan ada pula dengan kajian terperinci lagi berhati-hati, umpama menarik tepung dalam rambut, rambut tak putus tepung tak berserak. Kerana mereka ni takut dihempap dosa-dosa kecik, kerana bengatakan BATIL pada yang BENAR sama dosanya dgn mengatakan BENAR pada yang BATIL.

Dalam isu-isu panas yang semakin membahang akhir-akhir ini elok rasanya aku berteduh saja dirumah. Biarkan yang mendakwa dan yang didakwa membuktikan kebenaran berpihak pada masing2 melalui apa saja cara yang halal... Ahh, tinggal lah...

Seronok membelek Mirexal seketul jam vintaj kepunyaan kawan.

Officially Certifified Chronometer! Bukan calang-calang beb!

Koleksi unik ni membuatkan diri kolektornya juga dilihat unik. Haha elok korang meng'asing'kan diri dengan menyimpan 1-2 koleksi yang 'asing'. Kerana sesuatu yang asing ada daya menarik.

Macam imej pesawat UFO yang banyak dirakam.

Keistimewaan pada glass dan bezel yang memberikan rupa yang ekstrem berbanding yang biasa kita lihat.

Sehelai warna oren cukup memberikan amarannya bahawa spesis ni sangat beracun.

Sedikit tapi sangat memberi makna umpama seketul taik lalat di dagu si dara yang digilai para pemuda kampung. Kerana TAIK LALAT HITAM (weeekkkk...) wajah si Minah kelihatan tambah manis sekali.. pelik bukan?

Begitu juga gincu merah yang disapu bibir, senyuman si dara menjadi bertambah2 manis. Jelas bahawa manis bukan hanya dikeranakan oleh butir2 gula, tapi manis juga boleh disebabkan oleh warna....

Begitulah seungkap bahasa yang juga terpancar seribu makna.

Aku rasa glass dia kurang tinggi la...haha

Terimakasih sdr Aswad atas koleksi hebatnya ni...MIREXAL SWISS!

3 comments:

  1. aik... itu tali getah macam kenal jehhh... ada DNA aku kat situ! tak caya bole la tanya saudara Aswad, tak pun tanya team CSI... memang ada DNA akuh... he he

    ReplyDelete
  2. Anonymous7:45 AM

    tali tu x mahal tapi buckle tu yg mahal, tebal kukuh teguh..... tp tahnks to wak asan sbb bg nama baru untuk dak black... kikikiki

    ReplyDelete
  3. very nice hassan

    ReplyDelete