Nama yang dah tak kedengaran lagi.
POMAR jenama yang pernah membuka memori silam iaitu dikala aku dizaman kanak-kanak...
...yang 'dibawa' oleh salah seorang pakcik aku dari Kuala Lumpur ketika pulang berhariraya dikampung.
Pomar, Pagol dan Titus antara yang terawal mewarnai minat aku tentang jam.
Ringkas! Hitam dan emas memang sahabat yang saling melengkapi.
Batang jarum dan subsecond ringkas dengan salut keemasan...
...dan ketulan batu crystal yang memancar menonjolkan nilai ekslusifnya, tau makna tonjol? Kalau tak tau buka kamus bahasa german.
Mungkin model lewat 70-an, wujud sebelum dunia diserang quartz dan digital.
"Window date bulat kat atas yang aku tak tahan tu!" Terbeliak kawan aku sebaik aku suakan tangan depan matanya hehe... tu aje cara yang murah dan pantas untuk buat dia terkesima dan terguling.
NOS! Enjin kunci.. mana datang perkataan 'kunci' ya? Ooo.. mungkin ia dikutip dari kaedah jam dinding dulu yang perlu dimasukkan 'kunci' bila nak putarkan spring tenaganya.
No comments:
Post a Comment