Monday, April 4, 2011

8.15 pagi Hiroshima...

1945 tepat jam 8.15 pagi (seperti yang dilakonkan semula oleh veteran perang ini) bom atom pertama dunia meranapkan bandaraya Hiroshima dan membunuh 140,000 warganya. Itulah detik penamat sejarah perang terhebat yang pernah tercatat dimuka bumi. Mungkin Seikosha ini sempat melalui detik itu!

Enjin lama yang masih rajin berkerja, serajin warga negara Matahari itu.

Melihatkan komponen yang halus mulusnya terkenang aku betapa sukarnya melengkapkan seketul jam! Apatah lagi era teknologi dulu yang berbeza berbanding hari ini.

SEIKOSHA, nama yang dah tak ujud lagi...

Seiko Precision ini berjarum biru.

Sengaja aku bogelkan jam ini agar korang dapat menikmati pandangan yang lebih indah tanpa dihalang sesuatu...
Lagipun aku masih tercari-cari strap yang 'sebaya'nya.

Seikosha dengan subsecond sangat sukar diperolehi kini, menyimpannya umpama menyimpan sejarah 70 tahun yang bersemadi diwajahnya.

Tiada lagi yang tinggalkan untuk buat kenangan, semua telah pergi diluput zaman. mati tanpa kuburan kecuali...
kecuali ini..Satu-satunya yang masih berdenyut-denyut ditanganku.

10 comments:

  1. Fuh, ni jam zaman Jepun ke?

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:04 PM

    seiko gini byk di jepun je...sebelum taun 60an//mungkin sebelum taun 50an

    ReplyDelete
  3. CARI KAT KUBUR2 LAMA, NE TAHU LEH JUMPA.. HAHA

    ReplyDelete
  4. Seiko winding dgn subsecond! Marvellous!

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:14 PM

    Uih,mana dapat ni? Aku baru & tgk ni, Seiko Manual & Sub Second. Selalu jumpa Omega, Swiss, Helbros bla2.. Mahal ni beb.. simpan bagus2..

    ReplyDelete
  6. iodin-131 tinggi ke?

    ReplyDelete
  7. Jam Seikosha ni payah nak jumpa. Dah la subsecond & full arabic number. Pergh!! Jangan jual bro Hasan. Simpan baik2. Tapi kalau nak jual, usha2 aku dulu..(mana tau aku bleh masuk meminang) wakaka!!

    ReplyDelete
  8. Aku pegi tengok tadi. Memang ada DNA Jeneral Yamamoto kat caseback tu. Memang terer Hassan ni, dia boleh seru jam2 zaman tok kaduk untuk timbul.

    ReplyDelete
  9. mungkin jnrl yamamotosikal tu guna jam ni time libas samurai kat tengkuk org...wah kira ultra rare ni!

    ReplyDelete
  10. bole auction kat shibuya japan... kaya ngko bekkk... jual kat Seiko Epson Corporation sure ko kaya

    ReplyDelete