Friday, March 11, 2011

Tiada kata secantik bahasa...

 Ya, betul sekali seni lagu Allahyarham P.Ramlee tu. 
Bahasa hanya isyarat bunyian tapi kata-katalah yang menjadikannya ia indah atau sebaliknya.

'Tiada gambar secantik lukisan', banyak benarnya... tengok saja harga sekeping gambar berbanding lukisan di Central Market. Begitulah 'lukisan' yang melekap ditangan aku ni.

 
'Lukisan' yang menguja dan seronok dipandang.

Bellmatic UFO ini sangat asing dalam kelasnya. Bentuknya mengungkap makna yang sangat indah seperti juga kata-kata indah yang mampu mengoda si teruna.

Banyak manusia lalai pada keindahan gambar, tapi apabila melihat lukisan mereka lantas memuji kecantikannya, ...apakah gambar yang lebih realistik tak cantik? ...Haha bukan begitu, sepertimana bahasa dan kata maka lukisan yang berupa lorekan kasar juga tersirat 'kata-kata' indah ...

...Iaitu kata-kata tanpa suara, atau dengan lain bahasa 'lukisan yang bisa berkata-kata'. Dan jika jiwa insan memiliki deria seni ini insyallah ia akan mampu berbicara dengan batu dan pokok.

 Sungguhpun MASA dah sempurna dicipta tuhan melalui bulan dan bintang, namun jam ini membuat MASA dihitung bertambah indah dan seronok.

 Bellmatic UFO ni sangat cantik. Tanpa jam masa akan terus setia beredar namun tanpa jam  kehidupan harian boleh jadi tonggang-langgang dan kacau-bilau.

 Elemen steel membuatkan ia sangat berbisa dan masih berbisa.

Setitik bisa yang tak pernah tawar walau dibilas se kolah air.

 Reka bentuk yang tahan lama, lebih tahan dari material yang membentuknya.

 ..maknanya, biarpun jam ini dah pupus dari bumi, wajahnya bakal terus menjadi idaman manusia akhir zaman.

Alam dan isinya dicipta untuk manusia, UNTUK manusia...
Bagi yang mampu dan ikhlas memuji maka ia sudah berada dijalan untung...aminn

3 comments:

  1. Anonymous7:33 PM

    dah nak jual ke ni abg asan?

    ReplyDelete
  2. Wah, makin tinggi mutu dan gaya bahasa ko ni San. Silap baca boleh lawan Interlok

    ReplyDelete
  3. Mmg serius cantik bro jam ni... Nice shot!

    ReplyDelete