Tsunami, dunia mula mengeruninya apabila raksasa ganas ini meranapkan Banda Acheh 7 tahun lepas. Seumur hidup itulah pertamakali aku mendengar kemusnah sebuah bandar disebabkan Tsunami. Tiada siapa marahkan seiapa kerana kemusnahan itu bukan dari ledakkan senjata ciptaan manusia.
Sebesar manapun bencana dan seksa yang melanda, manusia tidak akan marah dan dendam andai tahu bencana itu bukan ciptaan manusia, sebaliknya ia percaya datang dari tuhan (Alam). Disitu tersembunyi kehambaan manusia pada penciptaNya. Jika seseorang hilang RM10 kerana ketentuan sipencuri maka ia akan diseksa oleh perasaan marah, dendam dan rugi. Namun jika wang itu hilang rasa disebab ketentuan tuhan perasaannya dibelai rasa insaf dan rela saja, tiada dendam, rugi dan khuatir lagi. Dalam ertikata tersebut, bagaimanalah keadannya jika seorang mampu 'menyerahkan segala kehidupannya' hanya padaNya? Aduhhh..wallhualam
Takziah pada warga Jepun, kerana bencana besar tsunami kali ini jauh lebih dashyat. Namun, apabila tsunami yang juga diambil dari perkataan Jepun (harbor wave) menjadi simbol jam diver/scuba Seiko maka aku merasa keunikan hubungan antara mereka ni.
Jam 1 pagi aku belek semula wajah ganas 'tsunami' yang terukir dibelakang salah satu jam Seko diver aku, tiba-tiba...
...aku rasa syahdu.
Aku rasakan mereka dilahirkan atas faktor tsunami. Negara yang dikelilingi laut dengan separuh pantainya hanya benteng ombak ganas lautan Pasifik, lautan besar dunia.
Mengapa Seiko memilih ombak(tsunami) sebagai simbolnya??? Mungkin model-model awal ini ada jawapannya...
mmg jam jepun berhak dpt nama ni...TSUNAMI. knapa dunia tak sebut Hell Wave, Raja Ombak, atau bahasa lain?...tp org tua2 kata jgn disebut2 hantu/puaka/jembalang mlm2 ari,nti betul2 dia datang...hahaha
ReplyDeletegua respect artikel kali ni bro.klu tak cerita pasal hantu jer....
ReplyDeleteDahsyat tul tsunami kat sana... semoga kita semua dilindungiNYA....
ReplyDeletemungkin bnyk rakyat jepun buat dosa kot..tgk je la xxx diorang..
ReplyDelete