Tuesday, March 1, 2011

PIEPAN OMEGA...

Tempoh hari terpapar seketul Omega Piepan untuk dijual dalam blog aku, laris macam getah skrap, pagi toreh, petang lesap. Begitulah kalau barang dah naik harga, sentiasa jadi buruan. Kelmarin beberapa member H4U berhimpun secara aman di Secret Recipe. Terimakasih Tuan Syed Mohri yang perabeh berpuluhan RM belanja kami minum petang disitu. Tak disangka-sangka dicelah-celah kami bersembang muncul satu tangan terpaut Omega Piepan!...

..."Hah! kalau ko nak tau itulah Omega Piepan!" Tuan Syed menunjukkan seketul Omega Piepan klasik ditangan Tuan Nik juga sahabat klasiknya.

Mmpersonakan, beberapa kawan-kawan jam terpaksa berendam airmata apabila tau Piepan dalam blog aku dah dijual selepas beberapa minit mereka talipon.

Ciri utama model Constellation adalah 8 bintang angkasa.

Haha... ini kalipertama aku melihat dengan mata kamera sendiri. Dan yang lebih malangnya aku kenal piepan ni setelah teruja dengan harganya...

RM2-3K! tak sangka aku kiranya model ni mencapai harga sebegitu! Tentu disebalik harga ada istimewanya!

Memang cantik Tuan Nik! Klasik dan evergreen. Umpama irama lagu, ada komposer berkata irama lama lebih 'segar dan bertenaga' berbanding lagu baru masakini. Mungkin korang boleh renungkan kata itu...

5 comments:

  1. haa aku tlg iklankan x bhgn ke? plg2 pun teh angin di bwh bayu pun cukup le huhu. penyanyi lama lebih ori suaranye dr penyanyi baru...tgk Ramlah Ram tetap bergetah hehe

    ReplyDelete
  2. RM2-3K? Eh, masa ko jual Piepan ko hari tu, ko buat amal jariah ke San?

    Tapi ko memang beruntung TSM belanja Secret Recipe. Aku sempat barli suam je ...

    ReplyDelete
  3. Aku ingat nak orrder fis n chip, alih2 tuan syed keluarkan rolex... terbantut selera aku duk layan jam dia aje...cis

    ReplyDelete
  4. Beek, lain kali jumpe ko order fish n chip aku belanja, demi masa dpt barli suam sbb balik awai hahaha

    ReplyDelete
  5. Ok tuan syed, fis n cip!! huurrayyy

    ReplyDelete