Biarpun bertahun hidup bergelumang dengan Seiko tapi aku tak pernah hirau model ni, kerana kesombongan itu maka aku tak pernah ambil tahu rupa, enjin maupun harganya.
Betul juga kata pepatah Melayu 'Tak kenal maka tak cinta'. Malam jam 11 setelah menyelesaikan sepinggan nasi beryani kambing arab Bro Irham mengeluarkan model ni buat santapan aku ...
Menurutnya, Seiko KS enjin kunci ini sangat unik kerana casingnya yang ber'lug' besar! Enjin kunci hi-beat yang sangat halus detikannya, berbeza dari enjin kunci lain.
Sangat mulus biarpun dah berusia senja.
Bentuk casing yang dempak mendakap pergelangan tangan dengan mesra sekali!
Seni yang berkualiti dengan harga yang setandingnya.
Buckle 'King' untuk model ini menjadikan jam ni bertambah 'angkuh' sekali, berkali-kali Irham memberikan aku 'amaran keras' agar aku jangan lupa tangkap gambar bahagian ini...hehe.
Belakang ada cop mohor besar King bertempelkan emas.
Haha kerana keracunan model KS milik Irham ni maka aku ke AmCorp petang tadi ...Bagai pucuk di cita petai yang datang memang ada seketul KS sedang 'menunggu' aku disitu.
Inilah dia kembar KS milik Irham yang aku rakam terus sebaik saja mendapatnya di AmCorp tadi, diletak diatas meja ketika aku minum bersama kekawan jam...
Keadaan enjin setelah dibuka sangat berkilauan, menambahkan hi-beat degupan jantung aku.
Bagi aku cukuplah seketul KS dalam koleksi sedia ada. Lagipun mana boleh dua 'King' dalam satu negara?
Penternak-penternak Seiko sekalian! Carilah model KS ni sebagai 'King' koleksi korang!
markah plg tinggi bg aku casing kusyen empok mcm 6105B.kalu aku malas nak cari, ko sorong le kt aku san hehe
ReplyDeleteKing Seiko.. perghh!! Memang raja ler.. jarum saat dia best tengok.. smooth je bergerak.. Hi-Beat la katakan!!!
ReplyDeleteHi, what is the model number? Lovely watch!
ReplyDeleteI like this 1 bro...
ReplyDeletecasing n dial sama mcm King Seiko Andy punya tp andy punye xde date, nampak lg retro
ReplyDelete