Monday, February 7, 2011

Veteran perang Jepun 6105...

Seiko 6105-8110 satu-satunya diver paling berpengaruh! Model yang sempat melalui pahit-duka sejarah perang Vietnam (1945-1975)...

Sebaik saja aku mengenakan canvas hijau ni, dia termenung didepan jendela tingkap... Boleh jadi ia terbayang disaat mememani seorang askar Amerika meredah sebuah paya yang dikelilingi jerangkap berbahaya ketika operasi genting perang di hutan Vietnam...

Jadi, tangan memerlukan sebuah jam yang kalis cuaca tahap ekstrim! Maklumlah hutan tebal, hujan dan sungai cabaran utama disana.

Muka jam agak lusuh, tapi ia masih membuat aku megah memakainya.

Crown sebigitu rupa, senang nak pulas walau tangan basah.

Casing seperti uniform kura-kura yang menjadi pelindung ketika serangan.

Lasak merupakan ciri utama senibina casingnya.

Crown disorok kemas. Macam kepala kura-kura yang berselindung pada 'jaket kalis'nya

Indek jam berbentuk segiempat dengan jarum 'traffic lights', sangat klasik!

Harganya semakin tiada belas kasihan...Sukar untuk dilepaskan sebagaimana kepayahan memburunya.

Bagaimanakah corak pasaran jam 'era perang' ini? Korang bacalah artikel terbaru Bro Radzi di SINI!

13 comments:

  1. sebagai sojar pencen "habis sign" aku rasa sojar jaman moden ni pakai jam Casio jeh... sojar zaman vietnam pakai jam Tissot dengan Omega... jam 6105 zaman 70an... jaman perang dingin pasca perang amreka lawan viet cong... zaman jopun dulu orang pakai jam Seikosha lah... mano ado jam seiko jang! nyanyuk ko apo?

    ReplyDelete
  2. Cerita perang dunia dan vietnam tu hanya cerita buat hiasan jam 'perang' aku ni je bekk, mmg tiada kaitan dgn perang dunia 40an dulu. Cuma aku suka sejarah peperangan vietnam jadi latarbelakang preview sarjan bernombor 6105 ni, jam ni sempat menyaksikan era perang vietnam-amerika yg berakhir 1975.

    ReplyDelete
  3. kalu aku blum ada mmg x senang duduk dibuatnya. tgh borak2 jam dgn satu cikgu kebetulan pkai no.6105 ni,dtg sorang pelajar:'mau ka beli jam mcm ni?..suatu masa nti kalu suda berjaya cikgu...'

    ReplyDelete
  4. kalau ada masa tonton le Hawaii Five O original, saya suka perhatikan jam yang dipakai pelakonnya, hari tu heronya pakai Tissot.

    ReplyDelete
  5. Tuan Timur, Tuan tolonglah simpan satu veteran perang Jepun ni untuk saya. Bila saya tengok salah satu filem perang Vietnam terhebat dalam sejarah, iaitu Apocalypse Now, baru saya perasan hero dia pakai jam ni.

    ReplyDelete
  6. Jeng jeng jeng... racun telah menrusup masuk... haha

    ReplyDelete
  7. PM, jun 2010 aku kemaruk 6105 mcm ko skg le...baru dpt tangkap pd dec 2010. ayat plg racun:'true seiko collector must have this one...aduhhh'

    ReplyDelete
  8. Cikgu Zul, so sebab kawan kemaruk sekarang, bulan Julai nantila kawan baru dapat ... ha ha ha!! Kawan bukan apa, walaupun bro Timur sekarang simpan lima ketul, takut by July nanti tinggal seketul je ... tu pun dia simpan dalam peti besi.

    ReplyDelete
  9. kalu goreng pisang panas 5 tandan pun cepat abis tu....apakan lg 5 ketul hehe

    ReplyDelete
  10. Cikgu, ayat racun "true Seiko collector must have his one" tu ayat sapa? Kawan ni "fake Seiko collector" je ... ha ha!!

    ReplyDelete
  11. salah satu ayat yg menarik prhatian aku. bnyk lg mcm:'a crown for every acheivement','diver never die'... yg ko pnya tu serupa ayat ni 'tak ori tapi ok' hahaha

    ReplyDelete
  12. Ko jgn nak buat pitnah Man ngata akuada 5 ketul! hak sebenornya bukan 5! ....
    tapi 10 ketul! haha

    ReplyDelete
  13. Haa kan! Aku dah cakap dah, bro Timur ni memang terbabit komplot ops sorok ni. Mana tak stok satu Malaysia orang tak jumpa, rupanya ada orang sorok sampai 10 ketul! Nak kena repot ke KPDNKK ni.

    ReplyDelete