Pembedahan silikon dibuat untuk menegangkan bahagian-bahagian anggota yang dah kendur, gelebeh atau berkerut kerana faktor usia atau kesan kemalangan, tapi ada juga yang membuat pembedahan silikon bagi tujuan kecantikan, contohnya Seiko diver stargate ni...
Rubber silikon sangat sesuai dikenakan pada jam diver kerana ia kalis air dan kalis gempabumi. Ia juga lebih 'melekat/melekit' ditangan berbanding tali getah atau besi , jadi jam tak mudah beralih kebawah tangan atau melorot-lorot sampai ke siku.
Berharga RM150, tapi pasti korang puas hati kerana ia tahan lebih lama berbanding tali getah atau kulit.
Mr Tom pula mempunyai selera berbeza, kebanyakan jam divernya dikenakan dengan tali kanvas, lasak dan selesa.
Adui!! Tunjuk Seiko Diver 6217 la pulak!!
ReplyDeleteAduoooi...brg baru ngan brg lama ko lebih teruja ngan yg lama tuh? ish.. nanti aku cari gmbo aksi suku bogelnya...panassss ko
ReplyDeleteaku suka menelanjangkan jam tgn ku dan menukarkan dengan seluar lain sesama mereka, terutamanya pinggang yg saiz sama
ReplyDeleteCara tu bagus juga amar, tukar selera cara mudah dan berkesan. Kalau nak lebih mujarab tukar jam aje...hehe
ReplyDeletehaha..seluar spare ade dalam toolbox. bila menyampah, aku tukarkan je. seluar ni main peranan beso gak. orang tua nampak muda balik bile kena seluar jeans baru.hehe
ReplyDeleteSalam Bang...berkenan sungguh tgk leather strao tu...abg beli online ke atau pun ada kedai yg jual mcm ni leather strap.Wassalam...
ReplyDelete