Monday, January 31, 2011

Replika Original!

 Kalau tengok dari jauh mungkin korang boleh pertahan iman, tapi kalau dah bersentuh tangan nafsu bisa mencair, tak peduli tok imam atau tok siak pasti tak tertahan dengan godaan jam-jam replika abad canggih kini.
"Padan muka jam Swiss! jual mahal!" kata seorang kawan yang dah lama bengang dengan harga jam Swiss, " Harga mercerdes atau BM (bmw) naik aku tak kisah sangat, tapi kalau harga jam-jam Swiss ni mahal semua mana aku nak hidup!" ujarnya dengan penuh kecewa. "Tak pa, biar aku layan jam Swiss replika je, sekurang-kurangnya aku dah mampu berdiri sama rendah dan mencangkung sama tinggi dengan korang!"

Berkilau kebiruan! Ini jam replika bermutu tinggi di kelaskan sebagai GRED A oleh seorang tokey berpengalaman. Menurutnya Gred itu diukur pada kekemasan buatannya.

 
Tag Heuer Carerra ni menggunakan enjin Japan yang bermutu agar industri ini mendapat keparcayaan tinggi dalam pasaran! Replika ini antara yang paling laris dipasaran!

Rolex Sub ini menggunakan Miyota (kopi). Menurut tokey lagi ada jam replika yang mencapai harga hampir ribu ringgit! Mak ooi...

Omega Speedmaster ni sangat cun! Glass sapphire! enjin quartz buatan jepun, dijual RM350-400 dipasaran! Haha jika korang terjumpa jam ribu-ribu ringgit ni dijual dengan harga ratusan aje, sah! Harga tak ori! maka tentu barangpun bukan ori! mudah...

Model baru speedmaster ni mengikut ukuran model sebenar.

Logo kuda kepang timbul!

Ini juga sangat cantik turut dengan glass sapphire tapi dengan enjin automatic! berat dan sarat!

Pistol bond macam original!

Broad arrow, kemas buatannya tapi aku tak dapat menilai dengan lebih tepat kerana model original tiada ditangan untuk dibuat perbandingan.

Ketika aku duduk disebuah bangku di R&R Air Keruh mata aku terpandang seutas PENERAI ditangan seorang lelaki, sangat cantik tapi dengki hati aku cepat mengata ia replika hehe... Tapi perasaan bersalah membuat tuduhan tanpa periksa itu membuat aku rasa berdosa pulak, maka mata aku mengikori lelaki itu yang berjalan jauh ke parking kereta, bila aku tengok beliau membuka pintu Mercedes Sport (2 pintu) baru le aku mengugurkan tuduhan aku tadi...begitulah jika korang pakai jam-jam 'mahal' ni. Rakyat sekeliling pasti memandang serong macam aku haha... Tapi bila tokey cakap 'pelanggannya' juga terdiri daripada mereka yang bergelar 'Datuk' maka aku percaya pada kualiti jam replika masa kini...

Mungkin 50 tahun lagi jam-jam sebegini layak dinobat sebagai 'vintage replika', mungkin harganya juga bisa mencecah ribuan RM. Jangan main-main wooo, manusia semakin gila dan akan gilai apa saja yang benda yang mempunyai 'sejarah'! Baik korang simpan seketul sekarang hehe.

26 comments:

  1. ye ke? aku nak beli dn simpan rolex sub mcm dlm gambo tu lah. 10k kdg2 x mampu beb hehe

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:02 AM

    nk bes, kumpul gred AAA...hehehe

    -farghmee

    ReplyDelete
  3. Tuan Hasan, cuba gred AAA punya...itu memang sebijik original...harga pun beribu...siap ada kotak dan beg lagi..kalau nak tau tiruan pun kena bukak jam..kat lelong banyak...

    ReplyDelete
  4. sama tapi tak serupa. tak kira la gred AAAAAAAAAAAA sekalipun, tepuk dada tanya selera. yang pastinya, harga dan design aje yang jadi ukuran. pasal status - ego. kebanyakan jam2 replika, wa ima yang terbagus sekalipun takkan sama dengan yang asli. yang pastinya, tak tahan lama. so kalau beli replika harga riban-riban, elok beli jam ori. kalau ratus-ratusan, beli seiko lagi bagus. kalu bawah 300... beli jam lama ori lagi best!!! he he he

    tepuk poket tanya selera. nak yang perfect macam ori, memang takda la. pasal kilang lain! yang teramatlah pastinya, jam tu tak kira la apa gred, 1st copy ke, replica ke... semuanya jam-jam tiruan.

    ReplyDelete
  5. yg potong stim tu bila betul2 pakai rolex ori mati2 dikatakan pakai replika...mau bertumbuk dibuatnya huhu

    ReplyDelete
  6. Wah, Planet Ocean tu dua bijikla macam PO aku! Nak!

    ReplyDelete
  7. Anonymous2:01 PM

    buat apa hidup menunjuk nunjuk dgn harta benda,islam x suruh pun buat macam tu.ukur baju di badan sendiri,kalau x mampu buatlah cara macam tak mampu.x payah nk tipu sendiri beli replika lepas tu berlagak macam pakai ori,kepuasan apa bendanya..pakai jam cap ayam..orang tengok pun gelak.duduk sama rendah berdiri sama tinggi apa kalau pakai jam replika rolex tapi underwear pun x mampu beli..kah kah kah

    ReplyDelete
  8. Aduhhh..Tak tahan ngan penangan jam rep skrg wooii! . Tapi beli bukan nak pakai pun, cuma nak belek2 buat habuan mata aje... tapi kalau pakaipun buat syok sendiri aje.

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:17 PM

    kalau sudah hati syok yang itu, apa boleh buat. sendiri beli, syok sendiri lebih penting dari orang lain syok.hehe..smpi bila kita nak memuaskan hati manusia yg tidak pernah puas. x gitu?

    tp, teman sokong pendapat abg radzi the tick-tick. belilah yg original. biarpun cuma seiko 5 atau citizen eagle, kepuasannya lebih dan berbaloi..

    ReplyDelete
  10. kalu kita pakai jam ori yg rege 10k pun dikatakan:'gila...'. mmg manusia ni gilalah!...

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Kadang2 "terbeli" replika utk kepuasan sendiri je, sebab duit kita. Mcm biasa la, perasaan best tu datang sekejap je (lepas tu nyesal, pasal kononnya chronograph, tapi rupanya indikator day/date/month je rupanya). Tp kalau utk "value" jangka pjg memang jam original paling koman pun Seiko 5 & Citizen eagle 7 lebih berbaloi berbanding jam replika.
    Aku pun berangan nak angkat Oris Chronograph auto replika yg rega RM1K kat lelong. Keh3!! Tapi aku pendam je pasal baik pakai seiko panda vintage je lepas fikir pjg.

    ReplyDelete
  12. Anonymous2:24 PM

    ku bersetuju sekali lagi dengan encik suka jam.hehe

    ReplyDelete
  13. pada pendapat saya, confident paling penting & beli ikut budget. saya share satu cerita... seorang contractor 40+ byk tolong aku. dia pakai rolex datejust quartz. dia nak sgt tapi tak mampu, so kawan belikan dia replica in late 90's. dia pakai dgn penuh confident, aku keluar dgn dia org freek out bila tgk jam nya...mula2 i pun rasa cam tu..so i tanya dia, dia kata jam untuk masa, mahal cammana pun kalo kita tak tahu menghargai masa tu tak ada nilainya. (no matter how expensive your watch, time is not treasured consider useless) harap tranlasi i betul..

    ReplyDelete
  14. yap adr.kalu kita confident kita mampu pakai...lets do it.ramai jutawan segera beli merz/bmw,tp pastu gadai krn xdpt byr bulanan/mtnc tinggi.bg aku kalu mampu ankt, yg penting hati senang...

    ReplyDelete
  15. Anonymous6:58 PM

    xguna minat dunia horologi tapi sokong industri cap ayam..sentiasa 'mensabotaj' dan membunuh hobi ini

    ~counterfeit no way~

    ReplyDelete
  16. dear all, saya bukan nak promote replica, dia inginkan jam tapi tak mampu & setelah mampu dia sedar bahawa jam bukan segalanya, tapi masa.

    mr.zul, sometimes kita overlook special talent yang kita ada & kena mengunakan barang sebagai tools. money is the roots of all evil.

    imho hobi horology is a very special hobi, i met many friends, nice & happy. i dont get friends like this elsewhere & i respect their talent.

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:23 AM

    sapa anonymous ni?
    soal sokong cap ayam ni bukan isu baru. tapi perlu diingat semua kemampuan manusia bukannya sama dan semua keinginan manusia bukannya sama. kalau benar ingin memerangi industri cap ayam, jangan cakap je, pergi bertindak terus. nampak je orang yang jual barang cap ayam tu terus buat aduan. bukan setakat jam je, semua benda dah ada cap ayam punya.

    bak kata ADRIAN, yg penting orang tu hargai masa.then, kita boleh slowly nasihatkan kawan-kawan kita supaya beralih-arah dengan lebih berhemah..

    ReplyDelete
  18. Dia berani komen2 camni tp penakot nak daftar... Haha... Tak berani pun sebenarnya.... ckp je 'pandai' & tak paham...

    ... beli jam apa sekali pun bukan soalnya... Sbb kalau kwn tu beli replika sekali pun itu kehendak dia.. dia tak kacau pun duit kita. Apa yg nak disampaikan disini ialah kita kena berhati2 bila nak beli jam & tahu status sebenar jam tu sebelum beli.

    Komen2 mamat ni sebelum ni nampak sgt jeles & sakit jiwa... hahaha....

    ReplyDelete
  19. Isu yg diperdebatkan ni, mmg dah lama dibincangkan pun... Tak perlu provoke begini. Buang karan ja.

    Setiap org ada sebab kenapa beli raplika. Sekurang2nya dia tau jam tu replika... daripada dia beli jam replika tapi ingatkan original.

    Ramai penjual skrg pikir duit ja. Jam replika pun dia claim ori. Itu patut kita perangi.

    ReplyDelete
  20. Anonymous9:58 PM

    betul tu saudara asmar.

    ReplyDelete
  21. haha...mungkin ada yg dah salah tanggap. Pendedahan berani 'replika original' bukan bermaksud lain selain pendedahan jujur reality dunia horology yang berbagai rupa dan warna, namun disebalik itu semua berdiri atas keinginan yg sama, iaitu 'HOROLOGY'. Sgguhpun gitu aku tak benarkan 'detikduabelas' paparkan jam ayam utk DIJUAL. Ada kekawan yg mnta jualkan jam replikanya tapi aku tolak selemah lembut yg boleh....

    ReplyDelete
  22. anonymous, bukak lah topeng...aku tak syok dengar dn bercakap tanpa kenal rupa orang!...

    ReplyDelete
  23. Anonymous6:04 PM

    In the very course of its long years of evolution, Watches has involved into a single the most sough following and cherished all over the very globe.
    rolex replica watches

    ReplyDelete
  24. Anonymous4:29 PM

    aku ada idea, apakata beli casing original contohnya rolex 6694 casing ori dalam harga rm800, pastu movement pakai seiko atau casio ...lagi best. barang ori servis pun murah!

    ReplyDelete
  25. Salam tuan tanah,
    tak peduli lah ape orang len cakap...nak tanye ada CASIO PROTREK PRG-550-1A1 TRIPLE SENSOR ni...

    ReplyDelete
  26. salam, belum ada. kalau nak kontek saya tengok profile saya belah kanan tu

    ReplyDelete