Wednesday, July 28, 2010

SEIKO TERCANTIK DIDUNIA! ($OLD)

Kelmarin seorang kawan datang bawa sebiji Seiko yang tak pernah aku nampak sebelumnya dimuka bumi ni, muncul pertanyaan dalam diri "Banyak sungguh! Berapa banyak lagi le model Seiko yang tak sempat aku temui ye?"

Ini salah satu model 'baru' yang tak aku nampak sebelumnya. Ye, korang mungkin pernah nampak, tapi yang sebelah tu mungkin tak.

Masing-masing mempunyai daya cipta yang tersendiri. Yang kiri (diamatic) nipis dan melekap ditangan apabila dipakai...

...manakala yang kanan (seiko5) tebal dan nampak gagah bertengek ditangan.

Berat dan padu.

Crown terbenam dan tersembunyi kat no 4, tempat berteduh yang selamat jika berlaku kemalangan atau kecederaan.

...disitu le crown dikebanyakan jam Seiko.

JAPAN atau kita sebut JEPUN kalau diIndonesia sebut JEPANG, kalau salah sebut LEMPANG, begitu le bengisnya askar jepun dulu.

Tulisan kanji Jepun bermakna jam ni untuk pasarang Jepun aje... Wah serba serbi Jepun asli nih?

Jam ni paling sedap dipakai, casing nipis dengan cerun ring minit mengilingi dial.

Sunday, July 25, 2010

PANDA!

HITAM PUTIH?

Warna tahi cicak menurut istilah orang lama, tapi pereka jam ni sangat bijak, hujung jarum saat diwarnakan merah untuk menonjolkan sidikit berahi.


Fish bone laa... fish bone bullhead nipis sikit

Dinamakan Seiko Panda kerana muka jam ni seiras dengan beruang panda, sama kan?

Kalau melihat dengan dua mata memang tak nampak ketampanan Panda ni.  Korang kena guna mata ketiga, iaitu mata yang terletak ditapak tangan! Kena pegang, raba-raba dan menyentuh bahagian sulit...err maksud aku bahagian jam yang sulit dicapai oleh mata kepala...

...kerana jam ni tak begitu lawa digambar (tak fotogenik), sebaliknya sangat mengujakan sebaik disentuh dan dipakai tangan. Besar dan berat setanding Seiko UFO!

Panda, nampak comel dan jinak tapi ganas beb!

Tuesday, July 20, 2010

SEIKO WORLD TIME (RM330)

Model lama Seiko 5 ni bukan calang-calang jam ye...Dalam ada bazel yang boleh kita putar sesuka hati.



Hebat kan?

Thursday, July 15, 2010

Hi MR-G!



Sengaja aku preview sekali lagi MR-G yang gila-gila solid ni, betul2 klasik! Kalau korang rasa besi st.steel gred tinggi ni sila selongkar di mudah.com...

atau klik aje sini >  http://www.mudah.my/NOS+G+shock+MRG+210-6127597.htm?last=1 ...Harga? Selamat bertepung tawar!

Wednesday, July 14, 2010

"LAGI-LAGI CASIO! JEMU AKU..."


BARAN?  Itu petanda korang ada penyakit darah tinggi...

Mungkin jam ni boleh mengukur tahap kemarahan korang melalui jumlah denyutan jantung atau tekanan darah yang melintasi urat dihujung jari.

Dan kepada pengemar durian! elok pakai jam ni sebelum berpesta durian.

Apa yang aku tahu model klasik BP ni dah lupus pengeluarannya

Bertuah le sesiapa yang terjumpa.

 Ringkas, dengan frame merah dan papan digital yang jelas.

Tuesday, July 13, 2010

RADO ALIEN! SPESIS PELIK BINTI AJAIB (SOLD OUT!)

Rupa jam ni agak menyeramkan... pertamakali jumpa aku terkesima kerana bentuknya yang lain dari yang lain. (terkesima bermaksud terkejut beruk la..)

Sebaik lekat ditangan ia mencuri tumpuan sekeliling yg memandang! Jam ni bagai memanggil-manggil sesiapa saja menegurnya...

"Jam apa ni? Mana jumpa? Mana dapat? Mana curi? " dan macam-macam soalan menyerbu sejak aku memakainya.

Mata hayal dan seronok membelik-belik setiap penjurunya yang unik.

Kemahiran yang tinggi untuk membentuk keunikannya...

Saiz jam 36mm x 42mm




Astaghfrullah... memang lawa beb! Apa saja ciptaaNya memang untuk kita nikmati samada dgn tangan, mata atau telinga.. kalau barang makan dah lama aku telan hehe...al-kuliah kejap.

Sauh merah tu masih lancar berputar.

Refleksi cahya pada glassnya yang tebal sangat mengkagumkan! Cantik beb!

Vintage tulin!


Teruji, enjin bergerak cemerlang dan pawer reserve sangat memuaskan nafsu.

Sunday, July 11, 2010

HOLLAND vs SPAIN, SIAPA BAKAL JUARA PIALA DUNIA 2010?

Sotong pilih SPAIN, manakala burung Nuri di Singapura bilih Holland...
Apa pilihan DROGBA pulak?

"Belalang? tak selera aku..."

... TUNGGUUU...