Wednesday, July 28, 2010

SEIKO TERCANTIK DIDUNIA! ($OLD)

Kelmarin seorang kawan datang bawa sebiji Seiko yang tak pernah aku nampak sebelumnya dimuka bumi ni, muncul pertanyaan dalam diri "Banyak sungguh! Berapa banyak lagi le model Seiko yang tak sempat aku temui ye?"

Ini salah satu model 'baru' yang tak aku nampak sebelumnya. Ye, korang mungkin pernah nampak, tapi yang sebelah tu mungkin tak.

Masing-masing mempunyai daya cipta yang tersendiri. Yang kiri (diamatic) nipis dan melekap ditangan apabila dipakai...

...manakala yang kanan (seiko5) tebal dan nampak gagah bertengek ditangan.

Berat dan padu.

Crown terbenam dan tersembunyi kat no 4, tempat berteduh yang selamat jika berlaku kemalangan atau kecederaan.

...disitu le crown dikebanyakan jam Seiko.

JAPAN atau kita sebut JEPUN kalau diIndonesia sebut JEPANG, kalau salah sebut LEMPANG, begitu le bengisnya askar jepun dulu.

Tulisan kanji Jepun bermakna jam ni untuk pasarang Jepun aje... Wah serba serbi Jepun asli nih?

Jam ni paling sedap dipakai, casing nipis dengan cerun ring minit mengilingi dial.

2 comments:

  1. Aku pun tak pernah tgk. Lawa la plak.

    ReplyDelete
  2. memang lawa la...

    ReplyDelete