Saturday, January 30, 2010

SEIKO 6139 - 8030

TQ Ben... Jam Seiko ni tak pernah saya jumpa sebelumnya.

Aku tukar leather hitam untuk menonjolkan shape mukanya yang handsome macam Shah Rukh ni.

Macam pesawat UFO...

Petang tadi aku pergi Suria KLCC, Setiap 10 langkah terjumpa kedai jam... fuh untuk peminat jam sana memang meriah!

Tapi aku takut nak singgah, sebab sejak kebelakangan ni banyak kes pukau... 
Dah 23 kali aku dipukau promoter jam, entah mentera apa dia hembus kat telinga aku, tanpa niat terbeli juga akhirnya...

Bulan lepas kawan aku jadi mangsa terbaru, niat nak tukar bateri je tapi balik pakai Seiko RM800! 3 minggu terpaksa dia telan MEE SEGERA SODAP, "haha...betul-betul hoo liauu!" katanya ketawa sambil berlinang air mata sedih...

Thursday, January 28, 2010

JOM TERJAH! ....Mako terbaru!


Fuh, sedap berkhasiat! berbagai zat terkandung utk keperluan badan...


...zat besi, zat st. steel pun cukup!


Kebetulan hari ni aku pakai mako lama... jadi aku kasi gaduh keduanya


Mako baru! jelas lebih beso dari abang nya...


Dial mako lama macam buah oren masak...


...mako baru macam buah dah terlalu masak.


Tengok! Crown mako lama agak panjang....


....nampak kejantanannya berbanding mako baru,...


....dah le kontot tenggelam pulak...ish payah.




Sebetulnya, kalau nak terjun laut mako lama ni lebih meyakinkan aku, sebab kedua-dua crown jenis skru.


Model baru yang tak begitu menarik nafsu serakah aku


(bungkusan yang sampai tengah hari tadi)
Jadi, kekawan buatlah pengadilan sendiri, yang mana lebih bagus. Cuma barang di ingat! Yang baru tak semestinya lebih bagus dari yang lama, betul?

Wednesday, January 27, 2010

PERNAHKAH JAM KESAYANGAN KORANG ACCIDENT?

Sebaik sampai rumah setelah penat berkerja selalunya kita membelek sambil cuci-cuci jam koleksi dgn mengwap cermin... HAAA! HAAA! (nganga mulut luas-luas sambil menyebut huruf  'HAA' dekat dgn cermin jam) dan bila cermin basah kita gilap kilat-kilat.

Tapi banyak juga aku dengar kekawan yang naik stress dengan hobinya ni.


Jam yang baru aku beli beratusan RM, digilap dan dimop selalu tersagat di dinding batu, KERRR...! "ALAMAK, NASI LEMAK, JAM AKU?" terasa bagai separuh casing jam hilang terrparut dinding! Memang frust menonggeng dibuatnya, macam-macam keadah aku cuba untuk memulihkannya tapi semua menambahkan kecewa didada. (Wah! bahasa aku boleh tahan laa..)


Kassim 25, kawan aku seorang kakitangan swasta hampir seminggu hilang selera makan nasi (tapi ayam KFC dia sebat laa), Jam divernya yang  RM ribu-riban tertera 1000M masuk air ketika dia tangkap ikan di sungai. Bengang betul dia! "AKU TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT INI" katanya.

Sunday, January 24, 2010

Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai!

Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai; K'jaan Negeri Campurtangan...

KUALA TERENGGANU: Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan........
 .
..kejadian seram yang dikatakan melanda seluruh masyarakat Kampung Tok Adis dekat sini minggu lalu yang gempar dengan cakap-cakap kehadiran pontianak pada waktu malam.

Para penduduk kampung berkenaan mendakwa kehidupan mereka telah terganggu oleh kehadiran pontianak sejak majlis gotong royong membersihkan kubur dilakukan, Isnin lalu.

Khabar angin mengenai kehadiran pontianak di kampung itu telah menjejaskan aktiviti harian masyarakat malah berita mengenainya telah tersebar ke seluruh negeri. ends


Berita penuh:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/24/mstar_berita/20100124193153&sec=mstar_berita

Wednesday, January 20, 2010

SEIKO CROWN

 Sekali pandang macam  Omega, dua kali pandang macam Rado, tiga kali pandang baru nampak Seiko.


Kelainan pada logo perkataan Seiko Crown






Muka cembung, belakangnya pula kembung...




Nampak slim... dulu-dulu jam kecil/slim mungkin dianggap lebih canggih


Jam leather kelihatan lebih menarik bila diletak dilantai meja. Kalau tak percaya, pi cuba try test.




 Koleksi Uncle Luv yang boleh dikatakan unik.

Monday, January 18, 2010

SUMO di Petaling Jaya!

Terkejut aku apabila menerima mms Seiko SUMO dari seorang kawan yang sedang berlintas langsung dari sebuah kedai jam di PJ.
 "I jumpa Sumo la!" katanya... Kawan aku ni memang pemburu jam diver khususnya model-model Seiko.

Kedai HANG THAI WATCH (PJ) SDN BHD...Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Li Poh... Hang Thai? macam ada kesamaan la... Tapi itu hanya pada pangkal nama aje. Tapi sampai sekarang aku sangsi tentang kewujudan Pahlawan Melayu itu.


Tokey jam ni handsome dan peramah. Waa...Ada dua ketul SUMO hitam. "Sapa cipat dia lapat!" katanya


Ni dia 2 Sumo yg sempat aku shot.


Yang hitam aku kurang berkenan, dial hitam menonjolkan lagi font size dibezel yang agak besar, mungkin  perkataan SUMO tu diambil dari font size jam yang 'gemuk'...


Berbanding Sumo oren, warna keras (orange) memberikan balancing pada keseluruhan bezel dan dial. Yang oren ni dah aku bawak balik umah bulan Dec kelmarin. Aku akan test-drive jam ni nanti.

Selain Seiko, Hamilton, Fortis, Epos dan Vostok pun ada jual.
Kalau korang tak puas hati pergi le tengok sendiri di Lot 11A, jln SS2/67, Petaling Jaya Selangor.
Harga buka 2.9++K...Selamat bertepung-tawar rega ngan tokey.


Friday, January 15, 2010

MONSTER SAMURAI! (new edition)



(Kamera aku rabun dekat, payah betul nak close-up. Aku letak cerminmata tok wan depan lensanya haha..baru nampak jelas dial texture)

Tak semua jam dalam koleksi peribadi yang selesa dipakai selalu. Sesetengahnya hanya sempat dipakai sekali aje atau 5/6 kali aje, selepas itu keseronokan memakainya kian pudar dan beralih kepada seronok menyimpannya aje. Dan mungkin mod memakainya lahir semula 6 bulan lagi.

Ada juga jenis manusia yang beli jam semata-mata untuk disimpan, macam hobi simpan duit... kerja teruk-teruk, berjimat sakan, sanggup telan maggi aje tiap hari tapi hati puas tengok angka dibuku bank angka beribu-ribu RM.

Ada orang hobinya menyimpan jam dan bukannya memakai...pelik tapi benar.Namun itu semua ragam dalam melayan hobi.

Ada kala aku tergelak mengenang gelagat dan kerakusan diri sendiri, memburu kedai jam hampir setiap hari dan didalam hati terbisik "Ya tuhan! Pada siapa nak Kau beri duit disakuku ini?" haha.bagai ada jawapanNya dalam diri dimana gerak dan henti kaki hanya menurutiNya, tapi itu semua hikmat dan nikmat kehidupan yang menceriakan perasaan.

Rezeki tuhan harus diagih-agihkan, kita sebahgian dari tangan-tanganNya.



Seiko Monster Samurai ni 'teman rapat' aku ketika perjalanan jauh. Tak seronok tanpa membawanya.


Aku tukar leather untuk kelihatan lebih anggun


Bahagian yang agak unik, macam 'bermata'.


Jarum Seiko Monster ni teramat mengena digabung dengan...


...bezel hitam yang tebal... walaupun macam 'tak ori' tapi lebih cantik dari yang ori.


Berdiri, ditelungkup, dilentang, semua cun


Casing memang cukup berbeza dari diver yang lain.












Sejak berita pengeluaranya dah dihentikan, tak sikit pemburu Samurai menyerbu dan menjejaki setiap kedai jam yang ada dipelusuk KL ni termasuk aku...hehe. Last samurai ada di Singapura, seorang kawan beritau aku dari seberang tambak sana.... +-RM1.2K


HAITI di hati

Haiti digoncang gempa. Lebih setengah juta tertimbus, satu malaputaka dahsyat. Disana sanya satu suara yg berkumandang, teriak, tangisan, rintihan dan doa ...Pengelihatan, pendengaran, bicara hanyalah tentang kematian.
Tuhan Maha Agung...Kesemua nama-namaMu diseru dalam tangisan hamba-hambamu disana.
Takziah untuk semua penghuni derita disana...


(BARANG YANG TAK JUAL-BELI)

Wednesday, January 13, 2010

Seiko UFO 6139-6015 ($OLD)

Tadi aku sembang dengan beberapa org kawan sembang isu dan ekonomi semasa...

“Sekarang elok beli emas buat asset sebab harga emas tak pernah turun, tiap tahun naik aje” katanya.
“ Emas???..  Aku beli gula, sebab bulan lepas naik 20sen, bulan depan mungkin naik lagi!” sampok aku
HA..HA...HA...kelakor kan?

BABY UFO. Satu-satunya model 6138 yang sukar didapati...

Ring tachymeter tak centre '12" la... kedai silap letak ni...



Kalau sebelah kiri dekenali dengan nama Seiko UFO, yang kanan pula BABY UFO

Enjin automatik dan boleh juga kunci tangan (hand windding)

Good running...