20 tahun lampau aku berkemah di air terjun Sagil yang terletak di tumit kaki gunung Ledang. Setelah siang puas berendam kami belima bermalam di kemah berhampiran batu-batu sungai.
Dalam pukul 11 malam keadaan begitu sunyi dan nyaman dengan bunyi air dan unggas-unggas sekeliling riuh bersembang, Azak duduk diatas batu besar sungai membakar seketul belacan, kemudian dia ikat dengan seutas benang panjang, aku dan 3 yang lain duduk dibelakang lihat dia membaca sesuatu pada ketul belacan yang diikatnya tadi. “Aku nak panggil LANGSUIR! kalau kau nak tengok sama duduk diam-diam dan jangan lari walau apapun datang, ok?” bisiknya. “Ye ke?...” sahut beberapa kawan aku yang menyangka dia hanya nak bikin joke aje.
Aku tengok Azak melontar ketul belacan tu ke ranting pokok tinggi yang condong ke sungai, beberapa kali balingannya tak sangkut dan jatuh semula ke air. Setelah melontar beberapa kali akhirnya belacannya tersangkut pada satu dahan, aku nampak ia menarik-narik benang ditangannya supaya ketul belacan itu berbuai-buai sentiasa.. tarik...tarik dan dia terus tarik pelan-pelan, sudah 2 batang rokok habis Azak masih menghayun selamba. Tiba-tiba keadaan sekeliling hening semacam! Keriuhan suara unggas disekeliling tiba-tiba hilang entah kemana? Barangkali mereka dah cabut dulu...haha
... jauh diatas bukit mula terdengar bunyi serakan daun pokok KRUSSHHH! Mungkin beruk melompat dahan? sangka aku... keadaan kembali sunyi beberapa ketika. Kemudian bunyi itu datang lagi tapi kini semakin dekat! Ada antara kawan-kawan yang dah mula senak perut... senyap semula. KRUUSSSH...tiba-tiba bunyi itu diatas dahan yang melintang sungai berhampiran kami..
Semua yang bertenggek rapat diatas batu besar dah kaku macam batu, dari hujung mata terlihat satu lembaga berpakaian putih diatas dahan! Masing-masing tak berani angkat kepala...Kerana terlalu takut semua kaki yang ada diatas batu itu belari masuk kemah meninggalkan Azak berseorangan ‘bermain-main’ dengan lembaga itu!
Semua yang bertenggek rapat diatas batu besar dah kaku macam batu, dari hujung mata terlihat satu lembaga berpakaian putih diatas dahan! Masing-masing tak berani angkat kepala...Kerana terlalu takut semua kaki yang ada diatas batu itu belari masuk kemah meninggalkan Azak berseorangan ‘bermain-main’ dengan lembaga itu!
Setelah beberapa ketika aku dengar suara mengilai-ngilai Eeeee..Eeeiiii semakin jauh hilang di tengah hutan!
"Azak memang gila! manusia yang normal macam kita mesti takut hantu!" kata kawan aku...haha
Bercerita tentang monster. Kedua-dua ni Seiko orignal tapi kod berbeza. Cuba cari perbezaannya....
Haha...ni dua tak seiras, yang mana tiruan?
Tiruan! Sebijik beb... Rasanya yg kanan tu tiruan... dia punya font bezel kecik skit & lume dot dia tu pun nampak lain. Hmmm.... Habislah pasaran kita ni.. byk sgt tiruan....
ReplyDeleteBro, lukisla gambor langsuir tu, baru ngam!:-)
ReplyDeleteSalam tuan. Saya teka monster yg kiri sebab day and date dia guna background putih pastu yg dot tu mcm tersembul sgt je (reference:quartzimodo's article)
ReplyDeleteOk, kiri tu jam rompak cetak. Berkenaan langsuir disungai sagil ada gambar ngeri yg sempat aku rakam! Gambar ketika langsuir bermain2 dgn belacan bakar Azak tu! Tungguuuuu
ReplyDeleteHah betul2 kiri. Aku tgk gambo atas. Tak tgk gambo bawah. Haha... Yg atas tu, yg kanan tu aku pernah tgk kat kedai. Buatan dia dah kureng mengancam skit dari yg lama.
ReplyDeleteTimur, replika Monster tu nnt boh gambo byk skit. Boleh tgk ketidaksamaannnya.... aku tgh karang satu artikel psl Seiko gak...
ciplak kt kiri daa......day/date salah kaler, kemudian dot kt bezel terlampau menonjol, bah kan ternampak mem-benjol.......
ReplyDeleteBila mata tengok lain tp tulisnya lain, pelik2 jadinya. Haha...
ReplyDeleteAku baru dpt green light dari Maximus... boleh mula buat artikel. Hehe
Ok bro, kami menantikan kemunculan ... langsuir!!
ReplyDeleteMenakutkanlah.... huhuhu....
ReplyDelete2011 kita akan dikejutkan dgn byk lg pembongkaran jam2 tiruan. mmg sakit penjual dn pembeli tahun ni...
ReplyDelete1. tengok titik lume pada bazel. Yg tenggelam tu ori. Yg timbul tu replika.
ReplyDelete2. warna latar pada tarikh dan hari. Jika black monster, yg ori warna latarnya hitam manakala yg warna latar putih itu replika. Tapi jika orange monster pula...yg ori, warna latar tarikh dan hari putih.
bab2 jam seiko jaman moden, ke la tanya wak asan detik 12... dia memang suka membelek dan membeli... maka dialah jauhari yang memang mengenal maniam, he he... sg sagil ni ada antu belacan ke? setau aku kat bukit belacan kat ampang banyak... antu kepala itam
ReplyDelete