Kuning emas memang warna yang GRAND! Masa kecik-kecik dulu aku suka tengok Makcik Milah tersenyum... haha satu batang gigi after marketnya dibuat dari logam emas..berkilat! Raya kelmarin Makcik Milah datang beraya dirumah (kampung), senyumannya dah tak berseri lagi kerana gigi emasnya dah lesap. Dah diragut agaknya maklumlah jenaya ragut agak berleluasa sekarang ni, jadi sesiapa pakai gigi emas jangan le suka-suka melemparkan senyuman pada orang yang tak dikenali.
... ...
Tissot PR 516 ni sangat mengujakan...
Aku temui sedang memeluk manja ditangan seorang penternak jam swiss, lupa namanya tapi sangat ramah dan mesra.
Kemas keemasan...kilat, licin dan berkilauan.
Punggung sikit calar...
Sebenarnya casing jam ni dibuat dari tongkol tembaga!
Sebaik disimbah cahya, struktur halus jam ni memantulkan pancaran ultra-man masuk kedalam mata, kemudian menyerang sel-sel otak dan seterusnya melumpuhkan saraf tunjang...
...kesannya amat dashyat! Mangsa akan belari ke mesin ATM tanpa dapat dikawal lagi haha...ini betul-betul berlaku beb!
Design lama memang mempunyai aura yang kuat. Tak pelik jika jam-jam tertentu buat kita rasa segar bugar apabila memakainya.
Sebab ada yang sanggup perabih ratus/ribu RM untuk menikmati ceria dalam kehidupan didunia fafamorgana ni.
Maka itu bagi setengah orang jam adalah satu keperluan....
No comments:
Post a Comment