SAVE SYRIA! SAVE EGYPT!

SAVE SYRIA! SAVE EGYPT!

Thursday, October 14, 2010

HANTU KUM-KUM


HANTU KUM-KUM
Korang pernah dengar kisah seram hantu KUM-KUM? Hantu yang merayau-rayau diMuar Johor pada 1983? Kisah benar ni berlaku ketika aku ditingkatan tiga. Pengalaman seram ni dilalui oleh Pacik aku yang juga seorang bomoh berlesen dikampung Parit Keroma.

Tuk! tuk! tuk!...Jam 5 pagi pintu rumahnya diketuk-ketuk dan terdengar suara perempuan memberi salam "KUM...KUM..." begitu le kedengarannya. Ketukan itu mengejutkan dia sekeluarga! Tak syak lagi! barangkali inilah hantu Kum Kum yg dah seminggu menggemparkan rakyat sekeliling! Lawaknya anak perempuan beliau yang teramat takut dan panik segera mencapai radio kaset dan memainkan kaset Surah Yassin dengan kuat didepan pintu dengan harapan siKum Kum 'kepanasan'... haha, tapi malang.. idea tu tak menjadi. Kisah seram beliau berdepan situasi seram ini pernah tersiar dalam Utusan, Berita Harian dan majalah Mastika tahun 1983.

Siaran media menjadikan ketakutan merebak pantas keseluruh bandar Muar. Desa dan kampung sekelilingnya sepi sebaik jam melintasi 8 malam gara-garanya. 

Menurut pakcik aku, Kum Kum ni sebenarnya seorang gadis muda yang berubah fizikal sebaik saja matahari terbenam, wajahnya akan mengelupas dan berkedut dengan kuku dijari-jari memanjang dan runcing. Ketagihan darah mejadikan dia mencari mangsanya, tapi baiknya dia tak tergamak nak straw darah mangsanya habis-habisan sebaliknya hanya mencakar mangsa yang mendekatinya dan kemudian menghisab dan menjilat-jilat darah yang melekat dikukunya sekadar mengurangkan ketagihan.
 
Ia merayau tiap malam kekampung-kampung mencari dukun yang boleh membuang sumpahan yang ditanggung akibat terlanggar pantang ilmu yang diperturunkan oleh neneknya yang meninggal sebelum sempat melafaskan pantang larangnya.



Apa kesudahan kisah hantu KUM-KUM ni? Nantikan sambungan kisah seram ni diwaktu dan hari yg sama tahun depan...

4 comments:

  1. masam zaman tu kat dalam tv selalu ada iklan keropok kum-kum (kam-kam)...

    ReplyDelete
  2. La ni hantu2 skrg dah tak berani kacau macam dulu sbb manusia lebih hantu dari depa. Haha

    ReplyDelete
  3. hehe..hantu retro ni..yg aku heran smpai di penang jgk hantu ni zaman aku sekolah dulu..jauh jgk jln no..hahaha

    ReplyDelete
  4. Tok aku cakap dulu-dulu hantu kalau nak menyakat selamba je muncul terang-terangan depan mata!

    Hantu tu sebut COME-COME kut...

    ReplyDelete