Friday, October 22, 2010

EKSLUSIF! BERSAMA VISODATE

Petang semalam ketika syok memecut kapchai menuju Petaling Jaya tergerak hati untuk singgah membuat lawatan terkejut disebuah kedai jam seorang kenalan, dah 2 bulan aku tak datang mungkin ada suatu yang baru disana...

Nah..memang ada kejutan! Benar seperti yang diduga, sebaik melangkah masuk aku disambut oleh model seksi TISSOT VISODATE! model klasik yang dihidupkan semula.

Apa lagi! kamera dipoket mula gelisah dan tak sabar-sabar ingin meratah setiap inci tubuhnya... jgn fikir corner baring ye... jumaat nih!

Suatu yang cantik memang sukar untuk lukis dengan perkataan.

Ada koyok nyah toksid kinohimitsu? Barangkali label terkandung kod rahsia untuk membezakan Tissot asli dan tiruan dari China, label ni China tak bole buat kut?

Walaupun aku tak suka pakai jam warna emas tapi aku suka tengok.

Emas logam yang sangat berkhasiat, apatah lagi jika bergandingan dengan hitam, warna yang menjulang setiap titik kilauannya.

Aduh silau! memenafa'atkan cahaya disekelilingnya, ditambah dengan glass sapphirenya yang tebal.

Papan dial kelihatan terlalu dekat dipermukaan!... istimewa kan?

Setelah kemas mengikat neck-tie untuk ke office, saat akhir yang paling indah adalah mengikat Tissot Visodate ditangan sebelum menghirup seteguk kopi sarapan pagi...sambil melihat jam memeluk kemas ditangan..." Yayang, abang pergi kerja dulu".. ahhh jam ni buat diri terasa begitu sempurna, segak dan sangat bersedia untuk pergi berkerja...

Tapi jangan lalui pengalaman ngeri boss aku ni, jam baru la katakan... lupa tertib, sebelum pakai seluar dah ikat jam, minum kopi terus ke office... selepas incident tu 44 hari dia tak datang kerja, cuti bersalin katanya...haha

Berbaloi...

Aku sempat gandingkan dengan Mido, kedua-dua tunjuk hebat.
Nah! dibawah beberapa gambar ekstra untuk ratapan kita semua...





Dan selamat berhujung minggu...

11 comments:

  1. Lawa jam ni rupanya. Design retro Tissot mmg lebih cun berbanding design moden.... Sama gak dgn mido tu...

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:44 PM

    u2kill said...........
    Konpem tali kulit boye

    ReplyDelete
  3. salam enchik..

    ambo rasa ada 1 gmbr lagi laa yg tertinggal.
    gmbr tanda harga.. hehehe..

    berapa harga di pasaran ni enchik? t/kasih..

    ReplyDelete
  4. cuba banyangkan.. selepas 20 thn lagi.. jam secantik ini akan menjadi vintage yg tersangat2 cantik..

    ReplyDelete
  5. aku cinta aku rindu....

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:18 AM

    Bro Asan, jam ni memang cantik, tapi musykil 1 benda la, jam yg sy tengok kt kedai baru2 ni ada nombor sebelum hari. 1-7 ikut turutan ahad - sabtu. lepas tu tarikh. cuba try selidik tengok apa beza 2 variasi ni. sebab yg kat blog bro ni takda nombor tu pulak.

    ReplyDelete
  7. Ya ka? nnti kita check... tak kan ada lain versi???

    ReplyDelete
  8. O.... adakah? adakah? Chin* punya? Aiseh.... aku mcm ragu2 gila dgn status Tissot skrg... Sejak Ijan buak kes ni dulu, rupanya mmg byk lagi kes camni di seluruh dunia....

    Kalau Swatch lak. Mmg ada keluaran Swatch dari China. Itu mmg pernah diakui oleh mendiang Nicholas Hayek. Tp dia claim yg Swatch yg China buat tu untuk pasaran Asia (atau pun China).... aku lupa plak. Tp Swztch yg China buat tu mmg takda tulis Swiss Made. Kalau Swatch yg tertulis Swiss Made, mmg dia jamin masih dibuat di Swiss... wallahualam...

    ReplyDelete
  9. Anonymous8:59 PM

    U2Kill said
    ex001. no tu sume jam ade, jam seiko pun ade, kau kene pulas crown tu 2 kali untuk kembali normal. diorang buat no camtu untuk menunjukkan 1MON hari pertama bekerja, 7SUN hari ahad. Kite semayang Jumaat, Christians prayed on sunday. same je
    Ahad tu cuti

    ReplyDelete
  10. Anonymous3:12 PM

    OIC kena pusing dua kali, mcm fortis dulu. Pusing sekali bahasa Jerman, pusing sekali lagi bahasa English. Tak test kt kedai tu hari sebab tu musykil. tq U2Kill for the info.

    ReplyDelete
  11. mmg terbaikk jam ni bro

    ReplyDelete