Pertanyaan yang naik kelangit, kelangit fikiran ku...
1) Gigih, jujur dan setia! begitu le aku melihat dua putera aku berusia 10 dan 12 tahun kental memelihara puasanya biarpun tahu ibadah itu belum diwajibkan kepada mereka. Sanggup bangun diawal pagi untuk bersahur. Seharipun tak rela tinggal walau penat dan letih menjalani sesi persekolahan bahkan tetap puasa walaupun terlupa bangun bersahur!
Aku terfikir, kenapa mereka 'seronok' pada ibadah tanpa makan-minum 14jam ni?
2) Diketika berbuka kami duduk bersama mengelilingi juadah lalu terbisik didasar lautan hati... "Selesai sudah, tapi apakah sama taraf puasa aku dengannya?" Dari terbit hingga terbenam matahari menjalani puasa dengan ''MENJAGA DARI PEKARA2 YANG MEMBATALKANNYA'! Sekadar memenuhi definasi umum tu maka layakkah aku diberi ganjaran yang lebih besar dari kanak-kanak ini?
3) Malam QADR adalah ganjaran yang tak terbanding untuk mereka yang berpuasa yang mencapai kematangan dalam ibadah itu, umpama mereka yang main jam-jam lama dimana peringkat awal tentu berbeza dengan peringkat akhirnya, samada dari sudut koleksi atau pengetahuan berkenaannya tentu meningkat dan bertambah baik.
Serupa juga dengan ibadah seharian yang aku lakukan bertahun-tahun, apakah aku semakin fasih/hafal semata-mata sedangkan ilmu berkenaannya tak berkembang langsung sepertimana aku dipetingkat darjat ilmu melalui hobi jam?
4) Kenapa beribadah hanya pada malam-malam yang 'mungkin'? Bukankah malam qadr itu perlu 'dicari'?
Berapa tempoh lamanya? Sepanjang malam? 3 jam? 3 minit atau beberapa detik sahaja?
Tiada siapa mampu menjawabnya dengan jelas kerana ayat itu terlalu majazi. Namun aku tertarik pada seorang tua 10 tahun dulu katanya "Malam yang bukan diukuran dengan detikan waktu, tapi malam itu ukuran lapisan nafsu...carilah didalamnya ".
Namun nabi hanya memberikan klu yang dapat membantu kepayah mencarinya, sabdanya "...Carilah ianya pada 10 malam TERAKHIR dari pada malam-malam yang GANJIL"
Teringat aku ungkapan indah Arwah Pak Mat (beliau murid rapat Tok Bahaman) pada tahun 1998 dulu tentang Lailatulkadar, katanya "Angin petang itu memberitahu kedatangannya" Namun apa yang Pak Mat cerita panjang lebar tentang petanda hebat malam itu hanya mampu dilakar oleh fikiran aku yang dangkal...Mungkin 'lukisan' aku itu sebuah hasil imegenasi yang jauh dari wajah hakikatnya? Wallahua'a lam
Pertanyaan itu sifatnya akal. Hilangnya pertanyaan pertanda suatu kematian- Falsampahku
Jarum berbentuk unik, macam kayu kacau dodol...
Menyamai dashboard Ferarri aku!
Ada 4 panel digital!
Ada 5punat termasuk satu punat merah yang seronok ditekan dan ditonyoh-tonyoh!
Gambaran dari udara...
Adunan warna yang kontras dan ringkas! Hitam 70% Putih 25%, Warna garang kuning dan merah masing 5%...Segak tu!
Tanpa jarum saat, mungkin nak menjimatkan petrol.
Jam ni sesuai untuk menyukat kelajuan ketika luba kereta, lumba motorsikal atau luba lari dalam guni ketika acara sukan hari keluarga (tak relevan untuk sukan acara tiup tepung)
Jam sport memang mempunyai ciri-ciri rekabentuk yang mudah dicapai pada warna serta susunan luaran dan dalaman.
Punat yang terkandung fungsi utama dibezakan dengan warna merah.
Kalau OMEGA diganti pada tulisan CASIO, agak-agak berapa harganya?
Inilah dia SPEED MEMORY 100R!
Casio ana-digi dial putih sebegini pernah menyerang Malaysia 15 tahun dulu, ini juga satu-satunya Casio yang digilai ramai.
mcm pernah tgk ana ni,rasa ada kat sorang mamat gila jam jugak la...
ReplyDeletecantik.. tu harga termasuk post ker?
ReplyDeleteMana la nak cari jam ni? TAk jumpa langsung
ReplyDelete