Meriam buluh begitu popular 40 tahun dulu. 'Senjata berat' ni mudah dibuat serta senang dipindah ke lokasi-lokasi rahsia supaya tak dihidu (sniff...snifff) oleh pihak tak berkuasa. Agar 'pertempuran' nampak real meriam ni diletakkan dicelah semak kebun getah berhampiran lorong kampung, diselimut dengan ranting dan daun.
Sebaik aje maghrib berlabuh berdetam-dentum letupan bersabung disekitar kampung . Bunyi dahsyatnya mampu membuatkan mak aji tercungap-cungap melatah panjang, dan ada beberapa kes tok aji yang sedang berbasikal jaguar menuju kesurau bertarawih terbabas terhumban keparit...ish kejam sungguh.
Seminggu sebelum raya kawan aku (kawan sekampung) akan masuk ke kebun cari buluh untuk buat meriam, dia buat sorang-sorang je tanpa dibantu oleh keluarga maupun mak bapaknya, berdikari tul!
Sama macam buat lemang, bahan-bahannya ialah:
1. Buluh 5 kaki
2. Beberapa ketul karbaid secukup rasa
3. dan Secawan air, kalau nak rasa manis sirap pun ok...
Caranya: Karbaid dimasukkan kedalam buluh, kemudian air dimasukan sedikit demi sedikit sehingga adunan berbuih dan mengeluarkan gas!!, kemudian...
...aku tengok dia cucuh api kat lubang yang ditebuk dipangkal meriam...kalau campuran tak seimbang gas yang terhasil cair, maka bunyi kentut lembu 'BULBB' aje yang berkumandang! Tapi kalau gas pekat bunyinya......KABOOOM!
Memang dahsyat...Dah beberapa kali dia tercempak ke semak kerana letupan kuat meriamnya, tapi dia memang keras hati, dah berbuih mulut menasihati tetap dia berdegil walau dah hilang jari akibat mercun . Jadi, aku nasihatkan kekawan semua jangan le main mercun-mercun yang berbahaya ni.
OK! Jom dengar lagu raya vintage Tan Sri P. Ramle! Lagu bertajuk klik > SUARA TAKBIR!
uih.. dasat org main meriam dulu2.. skrg main mercun bola pun hilang jari..
ReplyDeleteZaman dulu best gila. Aku dengar cite bapak aku main masa dia kecik2 dulu best betul. Haha...
ReplyDeletememang best masa dabu darjah 6 pakat lawan dgn kampong sebelah sapa paling kuat..siap buat kubu lagi..hehehe
ReplyDeletemcm nk perang...
den balik rumah kono sobat psl main moriam buloh ni.... tokonang somaso dulu waktu den main moriam
ReplyDeletemeriam juga di main kn waksu subih slps bersahur... masa main meriam jgn cr ubi kayu buat bakarrrrrrr...
ReplyDelete