Friday, August 6, 2010

Pertemuan EKSLUSIF aku bersama penternak jam diver dari Seremban!

“Lawa jam kat tangan En Wan, boleh saya tengok?” Tanya aku sebaik pertamakali bersemuka dengan En Wan dari Seremban di restoran Syed Bistro Puchong Perdana. Mata aku tertarik pada jam Casio yang dipakainya, besar macam Sumo (Seiko), kalau korang namapak mesti terkesima!

Sebaliknya pula En Wan terkesima pula melihat Zilla yang memaut dengan romantik tangan aku. (Zilla~Citizen Ecozilla)
“Boleh Wan tengok Zilla?” minta Che Wan.

Sambil membelek Zilla....“Wan ada Siti (Citizen) yang ada speaker tapi dah tak jalan, ada dlm kereta tu”.
“Boleh saya tengok?” tanya aku
“Boleh, nanti Wan ambil”.
 
Sementara En Wan mengambilnya terbayang aku jam berspeaker yang dimaksudkan tu mesti Citizen Aqualand 200m yang ada dive sensor menonjol seperti mana yang tersimpan dalam barisan jam diver aku.

“Nah, ni dia... Isteri Wan beli tahun 1996!"

Sebaik memegangnya aku rasa pelik sikit, tak sama macam aku punya...Ooo ini model yang lebih awal dari yang aku jangkakan! Memang aku tak pernah jumpa!

Zilla yang aku pakai bergandingan dengan Aqualand En Wan, tapi sayang...

Menurutnya jam ni dah bertahun tak jalan...


Dah banyak tempat dibawa ikhtiar termasuk berubat cara kampung tapi semua tak berhasil, sebenarnya jam ni terlalu lama terperap dilaci sejak habis bateri, menurut pomen enjin dah rosak!

Model awal Aqualand ini dipancu enjin C022...

...Dan menggunakan TIGA BATERI (RM36!). Jadi jangan biarkan bateri yang dah kehabisan kuasa berada terlalu lama didalam jam, kerana radiasi bahan bateri itu boleh merosakkan komponen elektroniknya! Cuba korang perhatikan pada remote-control TV kat rumah, mana bahagian yang berkarat dan cepat rapuh? Mungkin ini penyebab kerosakan jam En Wan ni..Jangan sedih En Wan... Yang patah kan tumbuh, yang hilang  berganti, yang rosak beli lagi...

Jadi, kalau sayangkan jam belikanlah bateri yang disyorkan oleh pengeluar. Sebenarnya enjin elektronik jauh lebih lasak, kalau cermat pakai jam ni boleh tahan beratusan tahun! caya?

Bagaimana dengan enjin baru Eco-drive pulak? Menurut seorang pekedai yang aku temui, sejak menjual model Eco-drive tak pernah jam ni dikembalikan pelanggan kerana bermasalah. Citizen sangat yakin pada enjin barunya ni sehinggakan banyak model-model baru terkini dipasangkan eco-drive.

Jangan pandang sebelah mata ye..Pernah tersenarai dalam TOP 10 diver watch di Amerika

Bazel ring nipis sikit dari kebanyakan jam diver lain.


Dive sensor memang macam speaker, menonjolkan fungsinya.

Hebat jam ni! AQUALAND antara jam diver yang mesti bagi aku. Seorang tokey dibutik jam pernah membuat tawaran pada Aqualand yang melekat ditangan  aku..Kalau nak tengok modeltu klick ni > http://detikduabelas.blogspot.com/2009/12/citizen-diver-promasterrr.html


6 comments:

  1. Best & payah jumpa dah ni. Eco-Drive mmg terbukti reliable.

    ReplyDelete
  2. MimpiCT2:57 PM

    memang betul ckp bro hassan and bro dj. jam ct promaster tue memang canggih dan lawa. actually yg dibawak olen che wan tue model sblom yg bro hassan punye!.. ada beza sket. Yg version lama (che wan punya): 1) Guna 3 bateri, 2). bahagian "digital display" pada dial "bertemu" dgn inner bezel jam, 3). yg lama bukan true "screw back case". Klau che wan nak mengubat hati yg lara, nak mencari pengganti, ada sebijik lagi jual yg version lama (NOS), tapi yg bezanyer, warna emas pd bezel ring dan "speaker". Kedai jam tue kat Carrefour Wangsa Maju. Bulan lepas ader lagi tgk, dgn a few model promaster yg lama, termasuklah model awal eco-drive 200m Monocoque-body.

    ReplyDelete
  3. Yg paling aku berkenan tu Autozilla... tp lom sampai masanya lagi...

    ReplyDelete
  4. MimpiCT3:32 PM

    besaqqq punyaaa jam tue bro dj! lagi besaq dari bro hassan ecozilla... buleh masuk menyelam lagiii dalam..

    ReplyDelete
  5. Sungguhpun besaq , Zilla selesa mencengkam tangan cekeding mcm aku...Beliii

    ReplyDelete
  6. Besaq takpa bro, pasal aku boleh pakai kat lengan. Hahaha... Tp sebelum beli, aku nak ushar dulu secara live... tp tak pernah jumpa. Cis! Ni yg nak murka....

    ReplyDelete