Tuesday, June 29, 2010

SEIKO MONSTER MILITAN!!

3 hari lepas aku selongkar koleksi-koleksi jam yang dah lama terperap dalam kotak, terkejut aku bila terjumpa Seiko Monster ni yang tertindih oleh jam-jam lain, dekat dua tahun jam ni merajuk kerana diabaikan... ish!...nampak lawa pulak!

Gitu le perasaannya bila ‘bersua semula’ kekasih lama haha... Maka aku nasihatkan kekawan semua peminat jam, fikirkan sehangus-hangusnya sebelum melepaskan jam yang dah jemu/muak dipakai, simpan dulu setahun dua lagi lama lagi bagus, bila jemu dah beredar maka buka le semula, pasti korang mendapat kesegaran pandangan sebagaimana korang mula membelinya dulu. Tak guna kalau kita memuaskan sikap jemu dengan tukar -beli-tukar yang tak akan berkesudahan.

Untuk memberi semangat baru maka pakaikan nyalon strap (hijau) yang biasanya dipakaikan pada jam-jam military...Hasilnya sungguh menyeramkan!

Tak perlu berbelanja tinggi, hanya tukar tali jam aje, korang dah 'dapat jam baru'!

Monster ni dah nampak macam kereta kebal...

"GANAS!" kata kawan aku si Fadzil yang tak melepaskan peluang untuk mengujinya.

Ok, untuk kekawan semua yang berminat menternak jam-jam lama yang masih terdapat di blog ini jangan segan untuk berurusan, dial talian bebas tol plus 0123939084.
Jang lupa! SEIKO TURTLE dan UFO masih menunggu lamaran... rebut harga istimewa tu.

2 comments:

  1. Ustaz Hassan, jam ini ana suka lah. Military design sangat serasi dengan ana memandangkan ana suka pi perang. Minggu depan ana akan pi cari ini jam kasi sama dengan anta. Tapi dia punya warna ada sikit beza....

    Yang best & berbeza mengenai jam ini adalah shapenya. Jangan tertipu. Jam ini bukanlah model Seiko 5 military. Model ini mempunyai saiz medium, menggunakan cal 7s26 (kalau tak silap) & ciri tampan padanya... a true military watch... caseback dia solid & bukan see thro seperti Seiko 5 Military ataupun Seiko 5 Sport Military.

    Beza antara Seiko 5 Military & Seiko 5 Sport Military pula terletak pada movement, saiz casing & dail. Harga juga berbeza....

    Turtle & UFO.... Yummy....

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:12 PM

    Enicar Sherpa SuperDive military watch to let go...0174070325 price nego

    ReplyDelete