Monday, April 5, 2010

HARI TU DALAM SEJARAH (kisah benar yang dilakonkan semula)

Bau busuk jam 1 pagi...serammm

Berlaku pada jam 1 pagi semasa perkemahan ditengah hutan rekreasi. Sedang sedap tidur tetiba aku dikejut oleh bau busuk, wah! seram dibuatnya. “Usop, Usop, bangun! kau terhidu sesuatu tak?” bisik kat Usop “ Ishhh, mulut ko tu jangan celupar, tengah hutan ni” jawap Usop.

   Tetiba aku terpandang kepala siSeman dicelah pintu kemah dengan muka macam kucing meneran ...  "Usop jangan le tidur dulu, teman aku jap, ..eerr..perut aku memulas nih..." katanya

Sebenonya dia (Seman) sakit perut nak berak, puas dia kejut kekawan minta menemaninya, semua tarik selimut aje, disebabkan takut dia mencangkung atas kertas diluar pintu khemah, sementara kepalanya menjengok kedalam kemah. 
 
Alhamdullilah, dia selamat melangsaikan hajat sucinya tanpa diserang atau dibaham harimau. Pakcik aku kata kalau pak belang serang mesti tangkap tengkok dulu, tapi malam pak belang konfius, tak 'jumpa' tengkok si Seman agaknya....atau pak belang tak berselera...hahaha...


Ada kawan aku tak percaya yang Seiko ada keluar enjin 'gold', tak pernah nampak katanya. Mungkin enjin ni dikeluarkan sedikit aje kut. Ni hah enjin unik 6206B yang bertangga-tangga. Nak tengok muka jamnya? Nantikan selepas Siaran Laporan Parlimen...

4 comments:

  1. Keji betui kawan ko. Hahaha... Lawak tul cite ni...

    Aku pun tak pernah tengok Seiko berenjin gold. Muka depannya macammana ya YB?

    ReplyDelete
  2. timur5:01 PM

    Tapi lepas melepas seman garu punggong sampai melecet, nyamok hurung punggung dia haha...

    ReplyDelete
  3. Aiseh... teringat aku masa kecik2. Pernah gak kena cucuk dengan nyamuk. Nak melepas, pi cari pokok2. Habis subur pokok2 tepi rumah tok aku dulu. Semua hasil baja aku.... Wakakaka....

    ReplyDelete
  4. timur8:21 AM

    Haha, bawak cangkul tiap kali nak berak belakang umah... Punggung kawan pernah dipagut ayam, menangis beb! hahah...tak senonoh...

    ReplyDelete