Wednesday, February 3, 2010

TISSOT SEASTAR ($OLD)

Ring bergigi halus buat aku jatuh cinta.

Jam yang cantik gila, crown dan buckle ada huruf 'T'.

Enjin auto dan boleh juga kunci yg berkerja dengan cermerlang!

Ada kelebihan jam 'satu warna' sebegini (sesemua warna st.steel) dimana kelusuhan jam menambahkan nilai klasiknya, contoh terdekat macam aku laa...makin berusia semakin kelihatan tampan berbanding muda remaja dulu... "Eeehem kuh!puih!"... Apasal ngan ko Man, tak sihat ka? "Takda apa-apa Asan, tekak aku loya tetiba..."...

..."Hah, mesti perut ko banyak cacing"

Si Man ni kawan aku yang ada masalah penghadaman, dia dengki bila tengok aku syok sendiri.

Apa kata jam vintage semacam ni digubah cantik-cantik buat hantaran kawin?

Agak-agak apa kata makcik-makcik dibelakang tu ye?

2 comments:

  1. Makcik: "Awat jam tu nampak lama?"

    Ahmad Albab: "Jam tu memang pesyen dia camtu makcik. Depa sengaja buat bagi nampak lama. Tissot tu makcik..."

    Makcik: "Uuuuuuuu....."

    ReplyDelete
  2. Dalam 10 dulang hantaran satu darinya duk jam tissot ni.
    Datin K "Kerak besi apa ni? kilat dulangnya dari isi!"

    "Ini coklat gubahan berbentuk jam... makanlah" jwb bersopan pengantin lelaki

    ReplyDelete