Sunday, January 24, 2010

Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai!

Pontianak Mengamuk di Kuala Ibai; K'jaan Negeri Campurtangan...

KUALA TERENGGANU: Cerita mengenai pontianak mengamuk dan berkeliaran di sebuah kampung di Kuala Ibai sehingga mencetuskan satu fenomena seram memaksa kerajaan negeri campurtangan........
 .
..kejadian seram yang dikatakan melanda seluruh masyarakat Kampung Tok Adis dekat sini minggu lalu yang gempar dengan cakap-cakap kehadiran pontianak pada waktu malam.

Para penduduk kampung berkenaan mendakwa kehidupan mereka telah terganggu oleh kehadiran pontianak sejak majlis gotong royong membersihkan kubur dilakukan, Isnin lalu.

Khabar angin mengenai kehadiran pontianak di kampung itu telah menjejaskan aktiviti harian masyarakat malah berita mengenainya telah tersebar ke seluruh negeri. ends


Berita penuh:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/24/mstar_berita/20100124193153&sec=mstar_berita

9 comments:

  1. Kita tak perlu takut dengan gangguan camni. Bila digembar-gembur camni, lagilah depa suka & lagilah depa ganggu. Sebab apa? Sebab itulah tujuan depa nak sesatkan manusia. Mau pula dok minta tolong jin juga, lagilah menjadi-jadi & manusia akan semakin sesat & terpesong akidah.

    Contoh...

    Bila masuk hutan, nak camping, cari kayu ka, kencing ka.... orang cakap kena minta kebenaran 'tok' yang menjaganya. Kita pun ikut la... "tok, cucu nak kencing". Apa yang berlaku pada ketika tu suatu kebanggaan buat jin2 yang dengar & depa akan terkejut dengan permintaan makhluk yang lebih mulia dari depa. Eh, manusia minta kebanaran aku? Maka depa akan mulakan langkah lebih ganggu supaya manusia mengagung-agungkan depa..... yang sepatutnya kena minta perlindungan Allah. Sedangkan depa juga ciptaan Allah & mengapa disebabkan ketidaktahuan kita, kita minta pertolongan & perlindungan jin pula?

    ReplyDelete
  2. Golongan jin tidak seperti manusia. Gangguan dok berlaku atas banyak sebab.. tolak sihir & saka. Salah satunya apabila depa rasa kita mengganggu kawasan depa, rumah depa kena ceroboh (baru pindah masuk rumah lama ditinggalkan), kita menyakiti depa (kita tak tau pun), kita menyakiti ahli keluarga depa.

    Benda-benda ni boleh berlaku tanpa kita sedar & bila kena ganggu... kena plak orang 'tak kuat', dia akan hilang kewarasan & hilang kawalan & seterusnya akan dikawal oleh makhluk jin ni. Tiada perubatan moden boleh rawat & kebanyakan orang tak percaya dengan gangguan makhluk halus. Kononnya zaman moden takda. Salah! Zaman sekaranglah lagi banyak benda ni berlaku & mula menjadi seperti zaman Firaun dulu. Rata tempat santau, sihir orang. Tak puas hati santau orang. Salah satu golongan yang confirm masuk neraka ialah mereka yang mengamalkan ilmu hitam. Kalau ada yang dok upah tu, boleh join sekali la tu.

    Jin-jin sebenarnya tidak mempunyai rupa & tiada jisim. Mempunyai anggota seperti mana kita. Tapi keadaan mereka sangat daif & tak sempurna. Sebab tu bila menjelma rupa depa menakutkan. Ada juga yang menyerupai benda lain macam orang Melayu dok bagi nama tu. Macam2 nama bagi kat depa sampai depa suka. Lagi orang kecoh, lagi lah menjadi2. Syok bagi kita gelabah.

    Nak lawan hanyalah dengan ayat al-Quran. Sebab tu nak buat rawatan kena panggil ustaz yang berkebolehan (sebab tak semua ustaz belajar cara rawatan ni) & bukannya bomoh. Bomoh guna jin. Bila guna jin.... jin vs jin kira jin sapa yang kuat pulak. Yang paling kita tak mau tu, akidah kita akan terpesong sebab mempercayai bomoh & kekuasaan jin. Kita lebih mulia dari depa, buat apa nak minta tolong depa pulak. Jatuh hukum haram. Dosa besar!

    Banyak betui aku pok pek. Nanti aku sambung lagi. Bukan apa, aku tengok banyak sangat orang kita terpesong jauh dengan amalan khurafat & percaya kuasa jin ni. Sedih....

    ReplyDelete
  3. Wah bagus sekali ulasan ni, dalam gelap aku lebih takut ular dari hantu. Walaupun takda orang mati kerna digigit hantu (ular byk la).

    Masa kecik2 dulu aku pernah bercakap dengan jin. Bergelar EMBAH kerna dah terlalu tua, dia kata usianya 900 tahun, boleh bertutur bahasa melayu, arab, inggris dan cina kerana beratus tahun dia tinggal di Hainan, China.

    Tapi siapakah jin? satu persoalan yang jenuh nak difahami. jawapan mengenainya hanya menambahkan persoalan demi persoalan.

    Ada seorang bomoh kata alam mereka sama seperti alam kita, ada masjid, rumah, dan ketua negara. betul ke?

    ReplyDelete
  4. Kena faham. Jin adalah makhluk ghaib yang dah wujud berpuluh ribu tahun. Jin termasuk dalam golongan syaitan yang diketuai oleh iblis.

    Iblis adalah raja segalanya & kafir. Syaitan juga kafir tapi boleh berkahwin dengan jin. Iblis & syaitan tak boleh mati sampai kiamat. Jin pula adalag golongan yang hidup seperti manusia, mempunyai kehidupan, berkeluarga, berkahwin & mempunyai agama seperti manusia. Contohnya Islam, Kristian, Nasrani, Yahudi, Hindu & lain2 seperti manusia. Sebab tu wjud jin Islam. Tapi golongan jin Islam sangat minoriti berbanding yang lain.

    Sebelum rurunnya Nabi Adam ke bumi, Allah memerintahkan malaikat & syaitan untuk sembah Adam. Malaikat menyembah Adam kerana kejadian manusia lebih mulia dari malaikat & jin. Tapi disebabkan keangkuhan syaitan yang meresakannya lebih mulia dari manusia kerana dijadikan dari api.... dia tak mau sujud malah mengingkari suruhan Allah. Allah melaknat syaitan & syaitan memohon untuk dilajutkan usianya sampai hari kiamat & BERJANJI untuk mengganggu manusia supaya terpesong sampai kiamat.

    Malaikat yang pada mulanya agak tertanya mengapa Allah menciptakan manusia sedangkan telah wujud makhluk yang telah membuat kerosakan besar atas muka bumi iaitu jin... Allah berfirman yang lebih kurang begini, Aku lebih mengetahui apa yang engkau tidak tahu.... Malaikat pautuh & mengikut suruhan Allah untuk sujud kepada Adam.

    Jin ada di mana-mana. Masa aku taip ni pun jin ada di belakang aku & yang dok baca blog ni pun ada di sebelah atas & bawah.... Apa yang kita buat depa nampak tapi tidak sebaliknya. Disebabkan hijab kita ditutup. Jika kita Nampak alam ghaib, nescaya kita tak dapat hidup tenteram disebabkan betapa banyaknya jin di sekeliling kita. Namun, ada sesetengah dari kita Allah kurniakan kelebihan dengan dibuka hijabnya Nampak depa semua….. Aku bercakap dari pengalaman anak sedara aku yang Nampak depa. Aku pun banyak kali berdepan dengan depa & nampak betapa daif & seramnya rupa depa.

    Orang Melayu panggil hantu…. Orang puteh panggil ghost. Nama pula macam-macam. Hantu air, posong, Pontianak, naga, hantu galah, toyol, bunian, hantu raya & lain2. Jin terdiri dari 3 golongan…. Hidup bersayap (boleh terbang), melata (merayap atas muka bumi), dalam air. Tu yang wujud hantu air. Nak cerita pasal jin memang banyak & aku rasa elok pi cari buku ni… Tulisan Ustaz Ismail Kamus…. Jin, Hakikat & Pengubatan. Best buku ni & mudah faham.

    ReplyDelete
  5. Tambahan.... umur jin sangat panjang. Sampai beribu tahun boleh hidup. TAPI depa boleh MATI. Tak sama kehidupannya dgn setan & iblis. Depa pun cakap setan tu jahat.

    Kalau bomoh lak buat rawatan, kononnya Panglima Hitam lam, Biru la, Hijau la, Tok Seribu Malam ka... & WALI ka... ketahuilah kesemuanya itu adalah jin. Wali mana yang boleh datang sedangkan dia dah mati. Roh orang mati dah takda kene mengena dgn bumi dah. Segala jelmaan tu hanyalah tipu daya jin yang nak sesatkan kita.

    Kononnya lagi.... buat rawatan Islam. Kononnya guna bacaan al-Quran. Tapi bila buat rawatan, guna beras kuning, kemiyan.... Sah guna jin walaupun dia baca ayat quran. Ayat quran hanya nak mengaburi mata kita saja kononnya caranya Islam. Padahal dia guna jin. Asap kemiyan adalah makanan jin. Memang dia suka la la bila diseru.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ada kajian saintifik tentang ini. Aku masih diselubungi kekeliruan yang teramat dahsyat tentang hal ini...aaah nak kena mengaji lagi nih...

    ReplyDelete
  7. Ko beli la buku aku cakap tu. Baru paham. Banyak lagi buku2 cerita pasal jin ni.

    Ko masuk cni http://duniamystery.blogspot.com/

    Ustaz Azizi sangat arif pasal dunia ghaib. Ustaz dah lama buat rawatan penyakit misteri termasuklah anak sedara aku tu. Boleh tanya ustaz kalau tak faham.

    Ustaz Azizi sangat terkenal di Malaysia lebih2 lagi di Johor. Pernah masuk rancangan expose mistik astro beberapa kali.

    ReplyDelete
  8. Kalau kita jumpa, boleh cite pengalaman2 yg aku tau. Seram bro.... harharhar.... tp jangan takot... ghost buster ada.... Ekekeke...

    ReplyDelete