(Kamera aku rabun dekat, payah betul nak close-up. Aku letak cerminmata tok wan depan lensanya haha..baru nampak jelas dial texture)
Tak semua jam dalam koleksi peribadi yang selesa dipakai selalu. Sesetengahnya hanya sempat dipakai sekali aje atau 5/6 kali aje, selepas itu keseronokan memakainya kian pudar dan beralih kepada seronok menyimpannya aje. Dan mungkin mod memakainya lahir semula 6 bulan lagi.
Ada juga jenis manusia yang beli jam semata-mata untuk disimpan, macam hobi simpan duit... kerja teruk-teruk, berjimat sakan, sanggup telan maggi aje tiap hari tapi hati puas tengok angka dibuku bank angka beribu-ribu RM.
Ada orang hobinya menyimpan jam dan bukannya memakai...pelik tapi benar.Namun itu semua ragam dalam melayan hobi.
Ada kala aku tergelak mengenang gelagat dan kerakusan diri sendiri, memburu kedai jam hampir setiap hari dan didalam hati terbisik "Ya tuhan! Pada siapa nak Kau beri duit disakuku ini?" haha.bagai ada jawapanNya dalam diri dimana gerak dan henti kaki hanya menurutiNya, tapi itu semua hikmat dan nikmat kehidupan yang menceriakan perasaan.
Rezeki tuhan harus diagih-agihkan, kita sebahgian dari tangan-tanganNya.
Seiko Monster Samurai ni 'teman rapat' aku ketika perjalanan jauh. Tak seronok tanpa membawanya.
Aku tukar leather untuk kelihatan lebih anggun
Bahagian yang agak unik, macam 'bermata'.
Jarum Seiko Monster ni teramat mengena digabung dengan...
...bezel hitam yang tebal... walaupun macam 'tak ori' tapi lebih cantik dari yang ori.
Berdiri, ditelungkup, dilentang, semua cun
Casing memang cukup berbeza dari diver yang lain.
Sejak berita pengeluaranya dah dihentikan, tak sikit pemburu Samurai menyerbu dan menjejaki setiap kedai jam yang ada dipelusuk KL ni termasuk aku...hehe. Last samurai ada di Singapura, seorang kawan beritau aku dari seberang tambak sana.... +-RM1.2K