Wednesday, December 23, 2009

SeIKO HELMET 6139


Teringat 35 tahun dulu masa aku budak hingusan..

Pakcik aku yang kerja gomen di KL menghadiahkan bapak aku jam Citizen automatik (RM170 harga agak mahal ketika tu), bapak aku seorang pengayuh beca memang tak minat jam,...

...dekat 3 bulan aku tengok jam itu dimerata tempat, semalam atas meja, hari ni kat bawah meja, esok atas lantai, lusa atas radio sampai le dah tak kelihatan langsung!

Rupa-rupanya sekeluarga aku termasuk si tompok dan sitam tak berminat, kami tak memerlukan jam dalam rumah. Time makan tengahari ditentukan dengan azan zohor dimasjid aje, manakala time mandi petang dengan melihat ayam2 beratur masuk reban.. haha..

Seiko 6139 hitam dengan dial yang bersih, berserta bracelet president. Jam solid st steel ni berat, seronok menimang-nimangnya ditapak tangan.

Monday, December 21, 2009

SEIKO 4WD! ($OLD)


Cuti hari aku balik kampung diMuar Johor,

Sekeliling rumah aku ni pokok-pokok kurma atau dalam bahasa lain arab sawit yang menjadi sumber pendapatan utama negara.

Dan didepan nun bermula projek pembinaan sekolah rendah yang sekian lama tertunda.

Jentera berat sedang berkerja menanam cerucuk

Wow jentera lama! kira vintage ni... selain jam lama ni pun boleh collect!


Didaratan dan lautan antara gunung dan tasik, disini le aku akan lenjan mesin 4WD Seiko snm037 (bukan landmaster ye sepertimana dlm blurb, gua silap haha..ah lantak le!)

Sebaik keluar kotaknya, mesin ni tak sabo-sabo nak mandi lumpur...Eh mana pegi jam aku?

Aaa dah turun pun..... Cabaran dah mula


Dial oren nampak garang dan sporty...

Dua crown besar memudahkan jari yang berlumpur memutar, dan semua crown jenis skru

Haha, Mukanya lebih cun berbedakkan debu dan lumpur.. Caya le!

N,E,S,W pada inner bezel yang boleh diputar melalui crown jam 4

Rubber strap yang lasak boleh dilipat-lipat, mengikat tangan dengan kemas

Juga jaguh menyelam

Peribahasa ada mengata 'Macam kerbau terpalit lumpur', tau maknanya?...

Hah maknanya kalau dapat lumpur jangan makan sesorang, pass sikit kat member-member keliling tu...err? boleh aje lah!



'Movement Malaysia'! Rare...

Lasak untuk semua aktiviti, elok dibuat koleksi sebelum pengeluarannya dihentikan.

Dengan kotak yang cantik serta bantal yang empuk... Apa?..tilam? Tilam Court Mammat ada jual!..

Seiko snm037 ni khusus untuk pasaran Amerika, memang tak jumpa kat Malaysia ni, Jepun pun tarak!

Sunday, December 13, 2009

SATU LAGI SEIKO HELMET 6139 ($OLD)



Seketul lagi besi 6139, stock akhir 2009...


...dah semakin kurang di pasar malam, Giant/Tesco pun dah tak jual


Kat mudah.com pun dah tak mudah lagi


Antara model 6139 yg paling machoo!


Memang machoo...


Jam ni sangat sempurna pegerakannya, Tipah tak tipu.





YANG MANA SATU BEST? Hitam atau oren?
Susah tul nak buat pilihan ....

Saturday, December 12, 2009

SEIKO HELMET WHITE ($OLD)

Stock akhir 2009...


Dial putih dengan jarum saat merah menawan!


Volcano...











Pegerakan masa tepat dengan reserve masa melebihi 2 hari! Hebat jam lama ni.


Esok aku preview Pak Itam ni pulak...


SEIKO SPRING DRIVE 600m!



"Kenapa si Dol Tiger tu? Hangin tetiba je..."
" Entah le, La ni jangan panggil lagi dia Dol TIGER WOOD, mengejek katanya"
"Laa, gitu pulak!"


 Spring Drive 600M


Tak disangka model terhangatt ni ada kat kedai di Petaling Jaya, tokey keluarkan sebaik aku tanya...


Sebaik aje kotaknya dibuka, aku tak terkejut dan terlompat seperti biasa...
 pelik aku...mungkin ada part yg aku tak berkenan.


Gigi bezel macam gergaji,
praktikal tapi aku tak berkenan...


Jarum2 jam tak lawa diburukkan lagi kedudukan power reserve, buat muka dial nampak bersepah la.
(Fuh..jam mahal ni aku boleh komen?...boleh tahan)


Lebih gemuk dari Sumo!


Bahagian atas tak lawa...
Aku rasa cantik lagi Sumo orange...


Mungkin perkataan 'Spring Drive' tu buat jam ni mahal dan cantik kut?


Kalau tak silap aku maskawinnya RM27K++, dan RM19K++ selepas diskaun.
Waa... kalau hantaran dan maskawin ada diskaun macam ni best kan?