Friday, November 17, 2017

BAJU H4U 2018 SEIKO 62MAS!

Salam sejahtera kekawan semua. Lama rasanya aku berkelana kerana urusan dunia yang lebih utama. Namun dalam kesibukan itu sempat aku melayan hobi sambil mereka baju H4U 2018. Kerana  di hujung tahun ni masih ada kekawan yang bertanya tentang baju H4U terbaru untuk digayakan pada tahun depan nanti.

"Buatlah T-shirt 62MAS pulak..." 
 Teringat aku permintaan seorang kawan 5-6 bulan sudah.

Aku cuba mengkaji sikit tentang model selam terulung Seiko ini dan cuba mengubal konsep-design menarik.


OK. Seiko 6217 adalah model diver pertama keluaran Seiko yang dicipta dan dipasarkan pada 1965-1968. Ada 2 versi iaitu model 8000 dan 8001. Untuk baju H4U kali ini aku pilih versi 8000 kerana ia versi pertama dengan tempoh keluaran hanya 2 bulan (April-May 1965).

Perbezaan ketara versi 8000 dan 8001 adalah pada saiz crown. Ada nampak?

Crown 8000 kecil berbanding 8001. 

Kenapa model ni di sebut 62MAS? Menurut ceritanya MAS diambil dari singkatan huruf 'autoMAtic Selfdater (kira mekanisma 'haribulan' canggih ketika itu)

Setelah hampir 50 tahun generasi ke-3 62MAS dikeluarkan dengan jumlah 2000 ketul sahaja iaitu SLA017 dengan movt 8L. Namun harapan untuk menyarungnya sangat tipis kerana harga sekitar RM17K.

Takpe, jangan hampa!

Korang masih berpeluang menyarungkan '62MAS' versi ke-4 ini yang juga terhad jumlahnya (120 helai).

 Grafik bahagian depan mengambil ciri2 rekaan 60-an dengan simbol popular Jepun iaitu negara matahari terbit.

Belakang baju mengambil grafik asal caseback 62MAS.
 
 Ringkas tapi kontras, jelas dan garang.
 
Korang boleh dapatkan baju SEIKO H4U ini untuk dibuat pakai atau kenangan kerana bukan senang nak dapat baju Seiko yang direka dengan penuh kasih sayang heee

HARGA (semenanjung +POS): RM50 sehelai  
HARGA (Sabah/Sarawak +POS): RM60 sehelai 
WARNA: HITAM
SAIZ: S, M, L, XL, 2XL, 3L 
CARA TEMPAHAN: WATTSUP 012 3939 084.

No comments:

Post a Comment