Monday, November 3, 2014

"Mulut takde bibir..."

 Kisah benar-benar berlaku lebih 2 tahun sudah pada jiran belakang rumah aku si Rasid. Senja di sekitar rumahnya lebih gelap dan suram kerana di kelilingi kebung getah. Seperti biasa di waktu menjelang maghrib itu dia ke  kandang lembu dan reban ayam di belakang rumah bagi memastikan semua ternakannya tiada di luar reban.

Ketika dia meninjau-nijau dibelakang rebannya berdiri disemak berhampirannya satu lembaga rambut mengurai sambil menyeringaikan giginya. 

"Mulutnya takde bibir" katanya kepada aku.
Kalau takde bibir dapat le aku bayangkan lembaga tersebut hanya nampak giginya aje.
"Apa dia buat" Tanya aku
"Aku pandang jelas mukanya, hantu tu ketawa depan aku dengan suara pelahan" jawabnya.

 Ingat aku masa kecik-kecik dulu, sebelum maghrib mak/bapa akan pastikan anak-anak kampung masuk rumah kerana khuatir disorok hantu jembalang. Pernah dulu pada pakcik aku, main kat kebut tapi tak balik-balik rumah sampai malam. Berjam-jam orang kampung kerah tenaga mencarinya segenap penjuru kampung, akhirnya jumpa dia dekat aje dengan rumah.

Katanya dia 'singgah' rumah seorang tua yang baik dan menjamunya cengkodok goreng, malah dia ada nampak orang kampung melintas depan mata sambil menjerit namanya tapi dia takde suara nak jawab. Pelik... 

Model 6106--8001 ni kelahiran 1970 tapi masih segak dan gagah sampai kini...

..begitulah hebatnya barang lama. Seiras 6105-8000, cuma saiz berbeza.

Insert bezel boleh diputar semua arah macam jam diver.

Bersih dan berkilauan lagi, kalau aku gosok tentu keluar cahaya haha.

Jam-jam era 70-an mempunyai gaya tersendiri.

Gigi bezel yang sangat aku suka serupa duit syiling lama.

Segak dengan tali kulit.

Ring bezel nipis tak seperti spesis diver dibelakangnya dan banyak lagi keistimewaannya, akhir kata...

 
...6106-8001 model kegemaran ku...

1 comment: