Friday, November 28, 2014

KARAKTER SESEORANG DARI JAM DITANGANNYA...?

Menurut pereka fesyen terhandal Daiz Caracas karakter seseorang boleh di baca melalui jam yang tersangkut di tangannya.

JAM DIGITAL: Seorang yang Tegas! Suka terus terang dan tak suka cakap belok-belok. Jadi kalau nak merisik harga jam diaorang ni jangan le nak berpantun-pantun ye.

JAM ANGKA (ANALOG): Seorang pemikir, Tak suka simpan masalah lama-lama. Semua nak diselesaikan cepat. Kalau jam rosak dia tak boleh diam lama, cepat-cepat dibaiki, atau dihempas aje kat lantai ...selesai masalah emm.

 JAM EMAS-EMASAN: Seorang yang konversional, tak kecoh. Realistik masa depan. Menjaga perasaan orang. Beruntung le wanita yang menjadi kekasihnya kerana depa ni selalu menyenangkan pasangannya.
 
TAK PAKAI JAM LANGSUNG: Suka bebas dan selesa bersendirian. Praktis dan tak suka detail. Tak suka terikat dan dikurung oleh masa/date line. Kalau kita sangkut seutas jam tangan kat tangan dia tentu dia rasa terkurung dan murung, kan?.

MOVADO! Dari perkataan 'MOVEMENT'. Jenama mewah yang lahir di Switzerland sejak 1881 dulu, lama tu.

Sungguhpun aku tak beberapa minat pada jam-jam dress swiss era terkini tapi aku cukup teruja dengan model-model klasiknya ringkas dan  mantap rekaannya.
 
Lusuh dan kepudarannya begitu bersejarah sekali.

Movement yang kelihatan padu. Rotor enjin hi-beat ini sangat garang! Berputar sehingga bergetaran tangan...fuhh dasyat.

Dial bagai kulit buah yang masak ranum dan menyelerakan.

Crown asal yang masih setia.

Kusyen case memang selesa dipakai, melekap ditangan dengan mesra.

Susah aku nak mengelipkan mata sebaik aje jam ni diajukan kepada aku, itulah makna cantik barangkali.

Selalu aje melayan jam diver, dan hari ini baru aku kenal betapa indahnya gaya klasik horologi.

Lume dah naik patina. Jangan gosok apa-apa lagi, takut jadi berkilat sangat.

Gaya klasik yang aku tersuka.

Try banyak tali namun tali hijau ini juga yang sesuai, pandai pemilik asalnya menyesuaikan warna.

Karakter korang mengikut jenis jam ditangan. Jadi, kalau korang nak ubah karakter tukar aje jam tangan... emmm



5 comments:

  1. Kalau orang yang suka pakai jam Digital+Analog tu kena combine keterangan di atas tu ke? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Jadikanlah movado ini agar melekat ditgn yg tiada jam.. Errr..bleh merisik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad Zaki, movado barang baik, rm650

      Delete
  3. Anonymous12:04 PM

    Tuan, baju H4U kanji tak sabar nak pakai..

    ReplyDelete